ALOE VERA

 

lidah-buayaPernah lihat pokok Aloe Vera?.  Pokok ini dikenali sebagai  “lidah buaya”. Pokok Aloe Vera amat mudah hidup tanpa perlu penjagaan yang cerewet.  Gel Aloe Vera digunakan oleh generasi terdahulu bagi mendapat manfaat rawatan kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran. Mereka minum Aloe Vera sebagai minuman yang kaya anti oksidan dan lazat, makan jelly Aloe Vera sebagai makanan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan awet muda, jelly Aloe Vera pula digunakan keatas kulit muka sebagai topeng muka untuk rawatan kecantikan kulit, manakala untuk rawatan rambut dan kulit kepala, gel Aloe Vera disapu keseleluruh rambut dan kulit kepala sebagai “hair mask”, serta ada pelbagai cara lagi penggunaannya, sama ada dicampur dengan bahan alami yang lain mahu pun penggunaan Aloe Vera semata-mata tanpa campuran bahan-bahan lain.

Aloe Vera mempunyai kekuatan yang menggalakkan kulit sihat. Aloe Vera mampu menghidrat melalui tiga lapisan epidermis kulit apabila digunakan secara topikal. Aloe Vera memberi manfaat memandu nutrien dan komponen lain meresap jauh ke dalam lapisan kulit, yang membantu menggalakkan kesihatan epidermis. Gel Aloe Vera juga adalah bahan penyejuk terbaik bagi melegakan kulit luka terbakar dan kerengsaan kulit.

lidah buayaAloe Vera buaya adalah tumbuhan yang berair yang tumbuh subur walaupun di padang pasir yang paling kering. Aloe Vera kaya dengan beratus-ratus sebatian pemakanan yang memberi manfaat kepada badan dalaman dan luaran. Ini kerana penggunaan Aloe Vera telah terbukti berkesan dalam pemulihan pelbagai penyakit dalaman dan luaran, mampu meningkatkan tahap kesihatan dan sebagai rawatan penjagaan kecantikan kulit yang baik.  Hasil kajian baru-baru ini telah membuktikan bahawa amalan minum gel Aloe Vera dapat meningkatkan isu pencernaan dan membantu meningkatkan sistem pertahanan keseluruhan badan.  Kajian oleh Majlis Sains Aloe Antarabangsa mengesahkan bahawa mengambil vitamin tambahan setiap hari bersama dengan jus Aloe vera boleh meningkatkan kadar penyerapan makanan tambahan tersebut berbanding dengan pengambilan ‘supplement’ bersama dengan air mineral atau air kosong sahaja. Penyerapan lebih 204% daripada Vitamin C & E, peningkatan penyerapan 210% daripada Vitamin C dan 180% daripada Vitamin B12,  peningkatan 140% daripada Vitamin C dan 160% penyerapan meningkat vitamin B12 apabila menggunakan gel aloe generik (fillet) bersama dengan makanan tambahan tersebut.

Namun, kajian bebas turut menunjukkan bahawa penyerapan vitamin C meningkat sebanyak 2000% jika diambil dengan Aloe Vera jenama “Lily of the Desert”. Kajian menunjukkan sekurang-kurangnya 30% kepekatan aloe diperlukan untuk menerima faedah sebenar daripada lidah buaya. Buatlah pilihan terbaik. Aloe Vera jenama “Lily of the Desert” merupakan produk topikal yang mengandungi sehingga 99% aloe vera organik.

lidah buaya2Kini Aloe vera ditanam secara komersil sebagai tanaman botani yang luar biasa dimana hasilnya diproses dengan kaedah moden dengan inovasi sains bagi memudahkan pengguna, memastikan tahap kualiti dan kebersihan semasa diproses dikawal rapi, serta mengoptimumkan keberkesanan produk.

Anda pasti teruja dengan manfaat Aloe vera seperti senarai ringkas berikut:

  • Membersih dan menyokong sistem pencernaan anda
  • Memberi tenaga dan kesihatan
  • Melembap dan menghidrat kulit
  • Mengurangkan penampilan kulit rosak, kulit menarik, segar dan sihat
  • Menyejuk dan melegakan kulit selepas terdedah kepada cahaya matahari yang berpanjangan
  • Melegakan dan menggalakkan pembaharuan kulit
  • Menyokong sistem imun badanAloe2
  • Mengurangkan kadar toksin dalam badan.
  • Sebagai minuman jus dan gel yang lazat.
  • Membantu mengekalkan badan sihat
  • Membantu sokongan antioksidan
  • Menyokong otot dan fungsi sendi
  • Pelbagai manfaat dalaman
  • Dan banyak lagi manfaat yang lain.

SELAMAT BERAMAL, AMALAN SIHAT, HASILNYA CANTIK.

SLS

cuci muka

SLS adalah SODIUM LAURYL SULFATE yang digunakan dalam kosmetik sebagai ejen pembuih (water surfactant). SLS sintetik dihasilkan daripada bahan kimia (asid sulfurik, monododecyl ester dan sodium salt). Biasanya terdapat dalam syampu, sabun, pencuci muka, pencuci lantai, pencuci kereta, sabun basuh, ubat gigi dan banyak lagi bertujuan menghasilkan buih.

 

Kenapa SLS sintetik digunakan dalam kosmetik?

Ini kerana ia murah. Jadi produk kecantikan yang mengandungi sintetik SLS ini jauh lebih murah tapi awas!!!! ia merbahaya kerana ia adalah bahan kimia yang terbukti secara klinikal mendatangkan kerengsaan kepada kulit. Pernahkan anda memakai pencuci muka, tetapi selepas itu kulit muka rasa kering, tegang dan iritasi berlaku,kerana bahan kimia ini mengeringkan kulit dan menarik kelembapan semulajadi kulit. Ia juga bahaya untuk mata, hati,otak dan jantung, penyebab kanser (carcinogen), merosakkan folikel rambut dan banyak lagi kesan sampingan.

 

melurSLS semulajadi ada tak?

Ada, bersifat organik dan natural. Penghasilannya lebih mahal. ejen pembuih semulajadi ini dipanggil SODIUM LAURYL SULFOACETATE, daripada kelapa atau kelapa sawit. Ia bertindak lembut pada kulit dan tidak mendatangkan kesan sampingan. Inilah yang terdapat dalam produk zarraz paramedical, tapi buihnya tidaklah semeriah SLS sintetik, sebab produk Zarraz Paramedical ini adalah kombinasi bahan bermutu tinggi, kebaikan homeopathy, pasti selamat, halal, tiada bahan kimia, gunakannya tanpa was-was..

 

pink roseKenapa wangi?

Kerana terdapat elemen aromaterapi di dalam pencuci muka zarraz paramedical yang dapat membetulkan hormon, geranium oil yang dapat memulihkan jerawat, dermatitis, eczema dan penyakit kulit lain, tumbuhan akar kayu sugi dimana Licochalcone-A, molekul yang terdapat di dalam kayu sugi berfungsi mengawal minyak serta menghapuskan bakteria, juga ekstrak pepermint yang menyejukkan dan mencerahkan kulit yang kusam.

Jadi, anda harus tahu dan anda harus bijak!

Sebarkan jika bermanfaat.

9 KHASIAT MADU

madu

Madu mempunyai pelbagai khasiat. Minggu ini saya senaraikan 9 sahaja. Mungkin ada diantaranya boleh diamalkan mengikut kesesuaian anda. Selamat mencuba.

  1. Khasiatnta dapat mengubati cirit-birit. Bagi yang mengalami masalah ini Minumlah 1-3 sudu sahaja. Tambah dos iaitu minum lagi sehingga cirit birit berhenti.
  2. Merutinkan minum minuman ini setiap hari mampu melawaskan pembuangan air besar, mampu meningkatkan stamina, meningkatkan ketahanan tubuh.
  3. Campurkannya kedalam air panas dan minum setengah jam sebelum tidur. Ini akan membolehkan anda tidur dengan nyenyak.
  4. Amalkan mengambilnya ketika perut kosong. Ianya dapat membantu membersihkan tubuh daripada lendir dan kahak.
  5. Amalkan makan campuran madu dengan serbuk kulit kayu manis, ramuan ini boleh dimakan bersama roti dan hidangan lain. Ini dapat mengurangkan kadar kolesteraol dalam arteri dan menghindari serangan jantung.
  6. Amalan minum 2 sudu madu yang dicampur serbuk kayu manis boleh mengurangkan keaksidan badan serta mampu mencerna makanan berat, menyembuhkan kembung atau sakit perut dan membersihkan kotoran dalam perut.
  7. Minum 1 sudu madu panas yang dicampur dengan ¼ sudu serbuk kayu manis selama 3 hari. Ini dapat menyembuhkan semua jenis batuk, selsema dan melegakan hidung.
  8. Minum 1 cawan air panas yang dicampur 2 sudu besar madu serta 1 sudu teh serbuk kayu manis pada waktu pagi dan malam. Minumlah secara teratur dan konsisten kerana ianya dapat merawat radang sendi yang kronik.
  9. Sapukan campuran 3 sudu madu dengan 1 sudu teh serbuk kayu manis pada jerawat sebelum tidur dan cuci selepas bangun tidur. Campuran ini merawat jerawat dari akarnya.

 

“Madu Manisan Terbaik”

KHASIAT KURMA

kurma2

Kurma juga antara makanan kegemaran Rasullullah S.A.W yang mengandungi  gula semulajadi yang sihat dan selamat untuk dimakan. Ia sesuai digunakan oleh pesakit diabetis bagi menggantikan manisan gula dalam diet harian  mereka demi menjaga kandungan gula dalam darah. Makanan sunnah ini mengandungi 20 jenis asid amino. Asid amino ini berperanan membantu proses pencernaan dan memberi tenaga untuk tubuh badan. Pati buahan sunnah ini bukan sekadar makanan tambahan, malah merupakan ubat semulajadi.

pokok kurma

Kandungan kalium didalam kurma mudah dicerna dan dapat mengawal masalah cirit-birit. Amalkan makan kurma 3 biji pagi dan petang untuk setiap hari boleh menyembuhkan masalah atau sakit perut. Manakala florin pula adalah mineral yang terkandung dalam buah ini mampu menghalang daripada masalah gigi berlubang.

pokok kurma2

Kurma boleh juga dijadikan ubat bagi mengatasi demam berdarah. Ini boleh dilakukan dengan minum setengah botol pati kurma pada waktu pagi dan setengah botol pada waktu petang selama 2 hingga 3 hari dengan minum banyak air sepanjang proses penyembuhan. Amalan makan buah ini juga dapat menyembuhkan masalah pernafasan.

kurma

Antara kandungan mineral dalam kurma ialah Kalsium-Ca, Besi, Magnesium, fosfor, kalium, sodium, copper, mangan. Manakala kandungan mineralnya pula ialah vitamin C, vitamin B-6, vitamin 8-12, thiamine, riboflavin,niasin, folate, thiamin,  folid asid. Makanya, makanan sunnah amat sesuai menggantikan pelbagai jenis vitamin lain yang dijual farmasi atau ajen jualan.

jus kurma

Jom amalkan makanan sunnah.

Kongsikan jika manfaat

HABATUS SAUDA

800px-Nigella_sativa

Selain madu, habatus sauda yang dikenali sebagai “black Seeds”  (biji jintan hitam) juga mampu menyembuhkan semua penyakit kecuali mati. Amalan memakan habatus sauda setiap hari mampu dapat meningkatkan system imunisasi badan. Habatus sauda dapat meningkatkan tahap kesihatan serta berfungsi melawan penyakit. Habatus sauda adalah ubat semulajadi bagi memulihkan masalah keletihan, merawat sakit kepala, hidung, sakit gigi, masalah cacing, asma, masalah pernafasan, masalah hati, masalah perut dan pencernaan, radang sendi, elergi, demam, jerawat dan lain-lain lagi.

Mungkin ramai yang tahu bahawa kekurangan asid lemak tidak tepu boleh menyebabkan timbul masalah kesihatan seperti gangguan sistem saraf dan penyakit kulit. Habatus sauda yang kaya dengan asid lemak tidak tepu dapat membantu memulihkan metabolism, mengimbangkan paras insulin, mengawal kolesterol, dan meningkatkan fungsi hati.

Habatus sauda mengandungi lebih daripada 100 zat penting seperti protein, karbohidrat, vitamin A, vitamin B, vitamin B2, vitamin B3, vitamin C, Asid linoleat, kalsium, zink, magnesium, selenium dan banyak lagi.

Bagi anda yang mengidap barah, boleh amalkan campuran minyak habatus sauda (jintan hitam) dengan madu dan diminum 3 kali sehari. Selain itu minum perahan bawang putih yang dicampur dengan madu sebelum subuh, selepas asar dan selepas isyak. Amalkan sehingga anda disahkan pulih dan bebas daripada masalah kanser.

Herba Ajaib – Habatus sauda

RAHSIA MADU

madu3

Rahsia?. Rahsia yang di maksudkan adalah pelbagai khasiatnya yang masih ramai belum tahu pelbagai kegunaannya walaupun mereka sendiri mengamalkan makanan ini setiap hari. Ada yang mengamalkannya kerana mengikut amalan sunnah, ada yang mengamalkan kerana makanan ini mampu membekalkan tenaga harian, ada juga untuk tujuan kelihatan awet muda dan pelbagai tujuan lagi, namun semuanya untuk tujuan yang sama, mendapat kesihatan yang optimum.

Disini di catatkan petua yang yang boleh diamalkan.

  1. Amalkan memasukkan setitis madu kedalam mata pada waktu pagi dan sebelum tidur. Kandungan nutriennya dapat menyembuh dan mencegah jangkitan mata. Selain itu khasiat nutrisinya dapat meningkatkan daya penglihatan dan melindungi kehilangan penglihatan.
  2. Amalkan memasukkan setitis campuran madu dengan sedikit minyak jintan hitam kedalam setiap belah mata sebelum tidur. Fungsinya menyembuhkan penyakit katarak.
  3. Celup buah atau daging kedalam madu agar tetap segar selama beberapa bulan. Ini kerana ia adalah bahan pengawet terbaik dan selamat, memiliki sifat anti pembusukan yang luarbiasa.
  4. Petua merawat kutu kepala. Sapukan madu keseluruh rambut hingga kekulit kepala. Cara ini mampu membunuh kutu dan telur kutu pada rambut, serta menjadikan rambut lebih cantik bersinar, lembut dan sihat.

“Madu Manisan Terbaik”

SEMBANG BISNES

hadis1

Semalam menjadi sejarah,  Esok rahsia ilahi,

Nikmatilah hidup disaat ini dengan penuh rasa syukur.

Hidup ini adalah pentas dunia untuk kita hayati watak dan mesej yang hendak disampaikan. Tentu ramai yang setuju bahawa pelbagai peristiwa dalam kehidupan yang dialami adalah guru kita yang terbaik sebenarnya. Bersyukurlah setiap kejadian samaada yang pahit dan yang manis itu membuahkan banyak hikmah yang berakhir dengan kemanisan. Kesabaran, redha, berusaha membaiki situasi, berdoa dan berserah kepada Maha Pencipta adalah ramuan yang mampu mengubah situasi menjadi lebih baik dan terbaik.

Suatu ketika dulu, tidak pernah terlintas untuk berkongsi pengalaman dan infomasi seperti ini. Namun, pbila teringat ayat keramat ini,  “sampaikan ilmu walaupun sepotong ayat”. Maka, tercetuslah idea buat blog khas untuk kumpulkan koleksi tips kesihatan dan kecantikan. Tentu ada yang tertanya-tanya, mengapa tajuk atau bidang ini yang dipilih?.

Penjagaan kesihatan dan kecantikan adalah perkara penting yang harus dirutin dalam kehidupan harian. Kebersihan adalah sebahagian daripada iman, kebersihan adalah imej seseorang. Kebersihan menghasilkan kesihatan yang baik. Untuk berjaya dalam kerjaya mahupun bisnes perlukan badan yang sihat. Badan yang sihat menjadikan kita sangat cergas dan mampu untuk fokus kepada tugas dan melakukannya dengan secara optimum. Tubuh badan yang sihat juga menjadikan kulit turut sihat dan cantik berseri.

Disuatu ketika dahulu, ketika saya sihat. saya tidak menjaga kesihatan dengan baik. Dengan kata lain tidak menghargai nikmat sihat atau tidak bersyukur dengan rezeki kesihatan yang diberi. Namun setelah tahap kesihatan semakin merundum, mengalami masalah obesiti, atriatis, muscle pain, sakit lutut dan keletihan yang melampau, barulah saya mula menghargai nikmat kesihatan yang diberi dan mula menjaga kesihatan agar pulih dan menjadi lebih baik. Disinilah bermulanya pencarian penyelesaian isu kesihatan ini. Inilah guru simbolik (diuji sakit sebagai peringatan untuk bersyukur) yang dihantar oleh pencipta kepadaku.

Semasa dilanda cabaran kesihatan, maka ramailah yang datang memperkenalkan produk masing-masing dengan pelbagai faedah kebaikan untuk kesihatan. Malah ada yang mengambil peluang menawarkan saya turut menyertai mereka dalam bisnes networking mereka. Terimakasih kepada mereka yang memberi semangat untuk ber bisnes itu. Sebelum diperkenalkan oleh mereka pun memang pernah terlintas dihati untuk buat sesuatu bagi menerokai bidang lain untuk mendapat pengalaman dan menambah pengetahuan. Ilmu yang bernilai, dan juga pelbagai pengalaman hidup sahabat dan insan-insan lain yang boleh dijadikan panduan dan motivasi kepada diri. Melalui pergaulan bersama insan-insan hebat ini banyak tips dan panduan yang boleh di gunakan dalam kehidupan harian.


kejayaan cuba
Sahabat sekelian, adik-adik dan anak-anak, mulakan bisnes dengan apa yang ada dahulu, walau sekalipun bermula dengan modal yang amat kecil. Sekiranya anda mempunyai modal sendiri (tanpa perlu berhutang tau mohon pinjaman bank). Amat penting anda jaga pengurusan kewangan (money managemant) agar aliran tunai (cashflow) anda sentiasa dalam keadaan positif. Usah laburkan semua tunai dan aset lain yang ada. Asingkan dan selamatkan wang simpanan anda untuk keperluan penting dan untuk kegunaan kecemasan di masa perlu.

Gandakan modal itu sedikit demi sedikit. Disitu anda akan menghargai setiap sen yang anda perolehi. Ukurlah kemampuan diri sebelum terpengaruh untuk melabur dengan nilai yang besar, maksudnya timba ilmu dahulu sebelum anda mengeluarkan modal yang melibatkan puluhan ribu.  Usah terpedaya dengan janji mereka jika anda sendiri belum ada ilmu, kekuatan minda dan keyakinan diri.

Bukan salah “upline” atau rakan niaga anda jika anda yang gagal. Silapnya diri anda sendiri kerana tidak mendapatkan ilmu yang sebaiknya sebelum melabur puluhan ribu ringgit. Anda amat teruja bila dijanjikan dengan pendapatan lumayan dengan cepat, teruja dengan cerita kejayaan mereka, teruja dengan kemewahan yang ditonjolkan sehingga sanggup setuju dengan cadangan mereka supaya memohon pinjaman RM25k, RM45k, RM60k, atau RM100k untuk menyertai projek mega mereka. Ditambah pula mereka sangat-sangat komited sehingga sanggup membawa anda berulang alik ke bank sehinggalah urusan pinjaman anda diluluskan dan selesai. Nah! Ini menunjukkan anda dan juga ‘upline’ anda hanya mengejar “wang” bukannya tujuan utama anda dan ‘dia’ untuk menambah nilai hidup diri dan juga insan lain.

Kisah benar ini adalah pengakuan daripada insan-insan yang terlibat dengan pinjaman bank untuk mulakan bisnes. Mereka terpedaya dengan ‘upline’ yang menyarankan membuat pinjaman bank untuk mulakan bisnes dalam kapasiti yang besar demi mendapat pulangan besar dengan cepat (Fast Track Program). Mereka terpukau dengan kemewahan yang ditonjolkan serta janji-janji yang amat mengujakan. Hanya 5-10% sahaja daripada kelompok ini yang berjaya mencapai matlamat masing-masing. Kelompok ini terpaksa “bekerja keras” kerana sudah terikat dengan komitmen membayar hutang bank yang dibuat semata-mata untuk tujuan itu, dan juga semangat mengejar impian besar seperti yang digambarkan. Namun selebihnya hanya ‘cukup-cukup makan’. Dengan kata lain hanya cukup untuk membayar ansuran bank yang kini menjadi liabiliti jangka panjang!.

Ramai juga yang kerugian besar kerana gagal menjual produk yang berlonggok-longok, sehingga produk luput tarikh. Ada yang terpaksa lelong stok pada harga separuh daripada kos. Ini dinamakan kerugian berganda!. jual dapat rugi dan pada masa yang sama terpaksa menanggung beban ansuran hutang bank setiap bulan selama 5-20 tahun. Malah ada yang lebih malang. Jatuh tangga, ditimpa tangga. Disaat mereka lelong produk separuh daripada harga kos, ada pula ‘leader’ lain buat aduan kepada pihak syarikat. Maka, produk itu dirampas. Malangnya nasib mereka, melopong dan menangislah kerana kesilapan besar yang telah dibuat. Syarikat tidak pun mempersoalkan isu seperti kes ini berlaku walaupun salah dari segi etika MLM.

Ikutlah pesanan guru saya, dahulukan modal insan. Mulakan dengan pelaburan ilmu. Belajar ‘skills’ yang diperlukan sebelum menceburi sesuatu bidang. Ada pelbagai cara mencari ilmu. Ada yang percuma dan juga berbayar. Maka ikutlah perintah Allah dan sunnah Rasuluulah, ‘Tuntutlah ILMU’.

Dalam kes lain pula, ada  dikalangan rakan kita yang terjebak melabur dengan skim-skim tertentu yang disudahi dengan “melebur” semua pelaburan yang dibuat. Ini terjadi kerana sikap ‘gopoh’ atau ‘tamak’ ingin segera dapat banyak “income” tanpa melalui proses berjual beli, mahupun tanpa perlu bekerja. Umpama membeli seekor itik yang boleh menghasilkan telur emas setiap hari. Golongan ini hanya suka duduk diam-diam, tiap hari pungut duit. Masih relevankah cara begini?.  Jawapannya tentu saja boleh, iaitu setelah anda sampai ke level yang tertentu yang dipanggil mencapai “pasif income” dari pelbagai sumber.

Ingat! Pasif income bukan melalui MLM sahaja, ada pelbagai cara. Namun, ramai jutawan masih mengambil peluang menyertai ‘MLM’ untuk memperbagaikan lagi sumber pendapatan mereka. Apa yang penting ialah, anda jana income bermula dengan apa yang ada dahulu, bebas dari sebarang pinjaman serta dapatkan ilmu dari guru yang betul.

Ini adalah sebahagian dari cerita kehidupan. Tipu daya dunia sama ada dalam dunia perniagaan atau bidang kerjaya memang ada pahit dan manis. Itulah guru simbolik yang Allah hantar kepada kita, yang perlu kita fahami. Dia berikan kita kesedihan dan cabaran hari ini kerana dia mahukan kita sentiasa memohon hanya kepadaNya. Kita hanya perlu berusaha dan hasil serahkan segalanya kepadaNya.

Jika kita renungkan kembali atau muhasabah diri, kita akan berterima kasih, syukur kerana dianugerahkan sesuatu yang lebih baik dari yang diminta, yang lebih indah dari yang diimpikan.

Best kan? jika best, say Best, Best, Best, kuat-kuat dengan penuh semangat.

Sharing is Caring. 

 

KULIT SIHAT

 

2faceOrang terdahulu atau nenek moyang kita telahpun menggunakan bahan-bahan dari sumber alam seperti buah-buahan, sayur-saturan, rempah-ratus dan pelbagai jenis makanan lain sebagai rawatan muka selama berabad-abad yang lalu, mereka membuat topeng muka daripada putih telur, minyak zaitun, madu, serbuk mutiara dan lain-lain lagi . Mereka juga membuat scrub atau lulur badan daripada serbuk kopi, beras, serbuk kunyit, garam bukit dan lain-lain. Pernahkah anda lihat mereka meletakkan hirisan timun di atas mata untuk mengurangkan bengkak dan menyejukkan mata?. Namun, tahukah anda bahawa makanan yang dimakan itu mampu memberi kesan kesihatan kulit yang lebih berganda hasilnya apabila dimakan berbanding dengan hanya meletakkan pada muka anda atau menyapu keseluruh badan anda saja?

Namun, Penjagaan kulit luaran (penjagaan dan perlindungan) dan dalaman (pemakanan sihat yang bernutrisi) amat diperlukan.

Kajian menunjukkan bahawa makanan tertentu yang dimakan oleh seseorang individu boleh membantu anda mengekalkan kulit yang sihat, Namun kawalan diet secara keseluruhannya memberi impak yang lebih optimum.  Contohnya makan makanan yang tinggi kalori, dan makanan yang diproses, seperti roti putih, kuih, ais krim, makanan segera, makanan yang rendah serat boleh menyebabkan anda mendapat risiko obesiti, diabetis atau lain-lain yang boleh memudaratkan kesihatan. Ianya juga boleh megakibatkan berlakunya kerosakan kulit yang menjurus kepada kulit kehilangan keanjalan. Inilah yang penyebabnya anda menjadi lebih terdedah kepada kedutan, kendur dan kerosakan dari ultraviolet (UV).

Makanlah makanan mengikut diet yang sesuai dengan pelbagai jenis pilihan makanan yang berkhasiat. hasil kajian oleh penyelidik menunjukkan orang-orang yang makan yang lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan mempunyai paling sedikit mengalami kedutan kulit. Cubalah anda kurangkan atau elakkan daripada tabiat memakan makanan yang  tinggi lemak tepu, termasuk daging, mentega, susu penuh lemak, makanan dan minuman ringan, kek, pastri, kentang dan makanan lain yang sepertinya bagi mengurangkan kemungkinan proses kedutan kulit yang lebih cepat dan juga risiko obesiti.

Jadi, jika anda mahu awet muda (kulit yang sihat), pastikan anda ikut hidangan atau pilihan makanan yang dicadangkan.

“Amalkan gaya hidup sihat. Anda sihat, Anda Cantik.”

PANAS BADAN

air

PETUA DARI DAPUR.

  1. Amalkan setiap pagi minum segelas jus delima segar dicampur dengan beberapa titik minyak badam.
  2. Rendamkan kaki anda di dalam sebuah besen yang berisi air sejuk untuk mengurangkan haba berlebihan dari badan
  3. Amalan makan sesudu biji halba setiap hari untuk melegakan panas badan.
  4. Amalkan minum campuran satu sudu madu yang dicampur dalam susu sejuk setiap hari untuk meredakan kepanasan dengan cepat dan berkesan.
  5. Campurkan 2 sudu besar mentega ke dalam segelas susu dan minum setiap hari. Namun cara ini tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai kolesterol tinggi.
  6. Makan sayur-sayuran yang tinggi vitamin C dan juga buah-buahan seperti limau oren dan manis yang mengandungi sitrus di dalamnya sangat baik bagi melegakan suhu badan.