SOAL JAWAB BEKAM

Soalan-Soalan Lazim Tentang Bekam

1)  Adakah kaedah bekam darah menyakitkan?

Tidak, kaedah bekam darah masa kini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM. Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda. Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian gula penyakit kencing manis.

2)  Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?

Ya selamat, kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang, setiap pelanggan diperuntukkan sebilah lancet (jarum) baru. Semua alatan bekam kami disucihamakan melaui proses STERIL selama 15minit menggunakan UV STERILIZER sebelum proses berbekam dijalankan.

3)  Apakah waktu dan tarikh yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah?

Waktu yang mustajab berbekam ialah 17,19 dan 21hb kalendar islam. Pastikan sebelum datang berbekam hendaklah perut dalam keadaan kosong (berpuasa selama 3 jam). Tidak digalakkan berbekam dalam keadaan kenyang.

Titik Bekam Rasulullah

4)  Individu manakah yang tidak digalakkan berbekam darah?

Individu yang tidak digalakkan berbekam darah ialah wanita haid, wanita mengandung, wanita yang selalu keguguran,  individu yang fizikalnya terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius, dan pengidap penyakit kulit serius.

5)  Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum?

Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit berbanding bekam angin.

6)  Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?

Kaedah bekam darah.

7)  Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah?

Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam sebulan sekali atau sekurang-kurangnya setiap 120hari. Bagi orang yang berpenyakit klinikal, terkena racun atau gangguan jin anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi berturut-turut.

8) Apakah pantang larang selepas berbekam?

Anda dianjurkan untuk berehat atau tidak melakukan kerja berat , tidak makan dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.  Selepas 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan, tidur atau lakukan kerja berat.

titik-bekam

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?

Dianjurkan mandi bagi memastikan badan dalam keadaan bersih serta berpuasa sehari sebelum temujanji bekam ataupun perut dalam keadaan kosong 2 jam sebelum berbekam.

10) Bolehkah berbekam pada hari RABU ?

Boleh, jika pada hari tersebut jatuhnya tarikh mustajab berbekam (17/19/21 kalendar islam) ataupun pada hari tersebut juga anda sedang sakit dan perlukan rawatan bekam dengan kadar segera. Tiada dalil atau nas sahih larangan berbekam pada hari Rabu.

11)  Bagaimana rawatan bekam berfungsi meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan manusia?

1)  Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang mengandungi toksid, uric acid, kolestrol, angin, sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin. Selepas berbekam kita akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pengeluaran toksid dari badan.

titik-bekam-di-kepala

2)  Akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel. Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh atau sel akibat kerosakan dan kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali. Berbekam pada titik jantung membolehkan hormon tersebut banyak dirembeskan pada kawasan jantung, maka jika ada apa2 berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang, sistem badan akan pantas secara auto memperbaiki dan menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.

3)   Dengan berbekam, secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.

titik bekam2

12)  Bagaimana darah menjadi kotor dan menjadi limpahan beracun?

Racun masuk kedalam badan dan mengotori darah serta terkumpul dibawah kulit;

i) melalui makanan seperti pestisida (racun makhluk perosak), intektisida (racun serangga), fungisida (racun kulat), zat pewarna, penyedap makanan, hormon dan logam berat.

ii) melalui minuman seperti zat warna, zat aroma-essence, logam berat, bahan kimia, dan lain-lain.

iii) melalui pernafasan oleh asap kenderaan, asap kilang, asap rokok dan sebagainya.

iv) melalui ubat-ubatan iaitu antibiotic, analgesik, anti pyrertic (ubat demam) dan sebagainya.

13) Adakah berbekam dengan alat moden tidak sesuai dengan sunnah?

Prinsip asas bekam untuk mengeluarkan darah kotor dari badan. Maka menggunakan lancet (jarum) adalah sama sahaja.

Makmurkan insan lain, Sebarkan kebaikan, Sebarkan Bahagia

BEKAM

 

bekam1

Bekam (cupping) bermaksud mengeluarkan darah yang mengandungi toksin (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Amalan ini adalah teknik detoksifikasi yang efektif kerana ia mengeluarkan racun dalam tubuh badan. Bekam adalah kaedah detosifikasi  yang sesuai dan selamat bagi umat islam. Kaedah sunnah ini mampu menyembuhkan berbagai jenis penyakit ringan mahupun berat. Keistimewaan kaedah bekam melalui cara menghilangkan punca penyakit tanpa kesan sampingan yang memudaratkan. Kaedah ini dapat menghapuskan kesakitan serta memulihkan fungsi tubuh badan.

Teknik bekam telah digunakan sejak zaman Rasulullah S.A.W dan berkembang pesat sehingga awal kurun ke-13 masihi. Kebanyakan bangsa didunia juga turut menggunakan teknik bekam  merawat pesakit. Menurut laporan, pada abad ke-18 orang Eropah menggunakan lintah sebagai alat bekam. Discovery Channerl juga turut membuat liputan rawatan bekam lintah di sebuah hospital mewah di Amerika bagi mengeluarkan darah kotor sebelum pesakit dibedah.

Ini membuktikan kaedah bekam adalah alternatif yang berkesan bagi mengurangkan risiko penyakit.

titik bekam

Manfaat Bekam

  1. Bekam sebagai Amalan Sunnah Rasullullah S.A.W
  2. Meningkatkan daya tahan tubuh badan
  3. Mencuci darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang
  4. Mengeluarkan darah bertoksid dan melancarkan peredaran darah
  5. Mengatasi sakit kepala, migraine, dan sakit gigi
  6. Mengatasi gangguan tekanan darah, arterios-clerocis dan diabetis
  7. Mengatasi luka berdarah, bisul, jerawat dan gatal-gatal kulit
  8. Membuang angin, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan
  9. Memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam
  10. Melegakan tegang urat, bahu belikat, pinggang dan urat sendi
  11. Mencegah dan meredakan angin akhmar, kebas tangan dan kaki
  12. Menajamkan penglihatan dengan membetulkan urat saraf tersumbat
  13. Menghilangkan kejang dan luka dalaman otot.
  14. Mengatasi kemalasan, kelesuan, dan banyak tidur
  15. Merawat penyakit yang tidak dapat diubati dengan kaedah moden
  16. Menghilangkan pengaruh sihir, santau dan racun
  17. Mengatasi pericarditis (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal)
  18. Menghilangkan masalah sukar tidur.
  19. Membuang tabiat merokok
  20. Mengatasi masalah lemah tenaga batin
  21. Mencantikkan dan menambah seri wajah
  22. Merawat asma, pneumonia dan angina pectoris
  23. Merawat gangguan rahim dan masalah menstruasi wanita.

 

bekam strok

 

“Sebaik-baik cara perubatan kamu ialah ber bekam dan qustul bahri (kayu gaharu).”

(H.R. Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Ahmad, Al-Hakim dan At-Tabrani)

 

Sebarkan Kebaikan, Sebarkan Bahagia.