ASID DAN ALKALI

Asid dan Alkali

Asid dan alkali adalah komponen penting dalam kehidupan harian kita. Kedua-dua komponen ini saling melengkapi untuk meneutralkan tahap keasidan mahupun tahap alkali.

 

Peneutralan adalah tindakbalas kimia antara asid dan alkali yang menghasilkan garam dan air. Jenis garam yang terbentuk bergantung kepada jenis asid dan alkali yang digunakan. 

 

ph

 

Air alkali dan air asid mempunyai manfaat yang tersendiri. Tabiat pengambilan makanan yang berlebihan gula, minuman berkarbonat dan pengambilan protin secara berlebihan adalah amalan pemakanan yang tidak sihat. Inilah punca dalaman tubuh badan menjadi lebih berasid dari yang sepatutnya. Ini diburukkan lagi dengan ancaman penghidratan, tekanan dan persekitaran yang tercemar yang meningkatkan lagi tahap keasidan badan manusia.

 

ASIDOSIS adalah keadaan badan yang  terlebih asid. Ini memberi impak terhadap tahap kesihatan manusia. Badan berasid mengurangkan keupayaan tubuh menyerap mineral dan nutrien, lantas kurang penghasilan tenaga dan melambatkan pertumbuhan sel baru.  Ini akan menyebabkan pengerasan arteri, tubuh menjadi cepat lesu dan mudah mendapat penyakit. Maka, amalan minum air alkali adalah paling sesuai untuk meneutralkan keasidan tubuh. Air zam-zam dapat menyembuhkan pelbagai penyakit mempunyai pH alkali antara pH7.8 – pH14.0

 

Asidosis

 

Jom Lihat Aplikasi Peneutralan Asid dan Alkali Dalam Kehidupan Seharian kita!.

  1. Bakteria dalam mulut menukarkan makanan bergula kepada asid yang boleh menyebabkan gigi rosak. Ubat Gigi beralkali mengandungi magnesium hidroksida dapat meneutralkan asid organik yang dihasilkan oleh bakteria dalam mulut dan mencegah kerosakan gigi.
  2. Syampu rambut bersifat alkali. Maka digalakkan diguna bersama perapi rambut yang bersifat asid untuk rawatan dan penjagaan rambut secara maksimum.
  3. Sengatan lebah yang bersifat asid asid boleh dirawat dengan losyen Calamine yang bersifat alkali. Sengatan tebuan yang bersifat alkali boleh dirawat dengan asid etanoik/ asid cair
  4. Pesakit gastrik diberi minum susu magnesia atau ubat antasid (kalsium karbonat dan kalsium hidrogen karbonat) yang bersifat alkali bagi meneutralkan asid hidroklorik dalam perut pesakit gastrik.
  5. Kapur mati (kalsium oksida) menghasilkan kalsium hidroksida dalam air digunakan untuk meneutralkan tanah yang berasid.

 

 

AIR SIHAT

AIR SIHAT

Sejak kanak-kanak lagi, dah terima pesanan ringkas ini!.. ‘minumlah cukup air tiap hari!…, paling kurang 8 gelas sehari’. Kini, dah berpuluh tahun tabiat minum air kosong diamalkan dengan anggapan bahawa air kosong sangat baik untuk kesihatan tanpa ambil kesah tentang pilihan kualiti air yang diminum dan kesan air terhadap kesihatan, hinggalah suatu masa saya tertarik dengan fakta dari bacaan buku sains yang menjelaskan keajaiban air dalam membantu proses penyembuhan dan meningkatkan tahap kesihatan badan seseorang.

minum air2

Bermula dari situ juga, saya mula minat untuk tahu lebih lanjut mengenai sifat air dan kesesuaiannya mengikut fungsi keperluan badan yang berbeza-beza. Memang terbukti Air zam-zam adalah yang terbaik untuk kita. Namun, sedikit isunya adalah…  kekangan untuk dapatkan stok air zam-zam setiap hari kerana ada keraguan ketulenan air yang dijual dipasaran dan juga kosnya juga agak mahal.  (untuk buat minuman jer dah mahal.. untuk kegunaan memasak dan membersih???…. hmm… memang tak sesuai…).

Setelah tinjau sana sini, maka jumpa alternative pilihan terbaik iaitu air yang berion. Dari pembacaan buku-buku sains, hasil kajian penyelidik yang bertauliah barulah saya sedar bahawa sifat atau ciri air masak yang diminum selama ini  hanyalah sekadar air bersih sahaja. Manfaat air sangat luas, sebagai minuman, berwudhu’, untuk tujuan memasak, membersih dan menyejukkan diri, merawat penyakit dan banyak lagi.  Air yang benar-benar bersih dan mampu memperbaiki taraf kesihatan hidup kita ialah air berion. 

Uji ph 500x350

Selama hidup ini, kita hanya ambil semua nikmat yang diberi dan kurang ambil kesah tentang kelebihan dan kekurangan setiap perkara. Biasanya pilihan hanya tertumpu dalam aspek memilih kerjaya, memilih pasangan hidup dan keperluan fizikal lain seperti rumah, kereta, produk kecantikan, makanan dan lain-lain.. Namun… pilihan air yang menjadi elemen kedua penting dalam hidup selain oksigen tiada dalam senarai pilihan terbaik. Ops! Jangan terlepas pandang lagi!. Jom ubah cara hidup dengan mula amalkan pengambilan air yang betul-betul bersih dan berkhasiat supaya dapat membantu mengubati pelbagai penyakit seterusnya meningkatkan taraf kesihatan diri.

Pastikan air yang mengalir dan menyirami badan kita benar-benar bersih agar membantu membersih dan menyinkirkan toksin dari badan.

badan berasid

Pesanan kasih sayang dari penulis:

‘Sebagai makhluk Allah yang berakal, buatlah pilih yang afdal, sayangi diri!’.