ASID DAN ALKALI

Asid dan Alkali

Asid dan alkali adalah komponen penting dalam kehidupan harian kita. Kedua-dua komponen ini saling melengkapi untuk meneutralkan tahap keasidan mahupun tahap alkali.

 

Peneutralan adalah tindakbalas kimia antara asid dan alkali yang menghasilkan garam dan air. Jenis garam yang terbentuk bergantung kepada jenis asid dan alkali yang digunakan. 

 

ph

 

Air alkali dan air asid mempunyai manfaat yang tersendiri. Tabiat pengambilan makanan yang berlebihan gula, minuman berkarbonat dan pengambilan protin secara berlebihan adalah amalan pemakanan yang tidak sihat. Inilah punca dalaman tubuh badan menjadi lebih berasid dari yang sepatutnya. Ini diburukkan lagi dengan ancaman penghidratan, tekanan dan persekitaran yang tercemar yang meningkatkan lagi tahap keasidan badan manusia.

 

ASIDOSIS adalah keadaan badan yang  terlebih asid. Ini memberi impak terhadap tahap kesihatan manusia. Badan berasid mengurangkan keupayaan tubuh menyerap mineral dan nutrien, lantas kurang penghasilan tenaga dan melambatkan pertumbuhan sel baru.  Ini akan menyebabkan pengerasan arteri, tubuh menjadi cepat lesu dan mudah mendapat penyakit. Maka, amalan minum air alkali adalah paling sesuai untuk meneutralkan keasidan tubuh. Air zam-zam dapat menyembuhkan pelbagai penyakit mempunyai pH alkali antara pH7.8 – pH14.0

 

Asidosis

 

Jom Lihat Aplikasi Peneutralan Asid dan Alkali Dalam Kehidupan Seharian kita!.

  1. Bakteria dalam mulut menukarkan makanan bergula kepada asid yang boleh menyebabkan gigi rosak. Ubat Gigi beralkali mengandungi magnesium hidroksida dapat meneutralkan asid organik yang dihasilkan oleh bakteria dalam mulut dan mencegah kerosakan gigi.
  2. Syampu rambut bersifat alkali. Maka digalakkan diguna bersama perapi rambut yang bersifat asid untuk rawatan dan penjagaan rambut secara maksimum.
  3. Sengatan lebah yang bersifat asid asid boleh dirawat dengan losyen Calamine yang bersifat alkali. Sengatan tebuan yang bersifat alkali boleh dirawat dengan asid etanoik/ asid cair
  4. Pesakit gastrik diberi minum susu magnesia atau ubat antasid (kalsium karbonat dan kalsium hidrogen karbonat) yang bersifat alkali bagi meneutralkan asid hidroklorik dalam perut pesakit gastrik.
  5. Kapur mati (kalsium oksida) menghasilkan kalsium hidroksida dalam air digunakan untuk meneutralkan tanah yang berasid.

 

 

AIR SIHAT

AIR SIHAT

Sejak kanak-kanak lagi, dah terima pesanan ringkas ini!.. ‘minumlah cukup air tiap hari!…, paling kurang 8 gelas sehari’. Kini, dah berpuluh tahun tabiat minum air kosong diamalkan dengan anggapan bahawa air kosong sangat baik untuk kesihatan tanpa ambil kesah tentang pilihan kualiti air yang diminum dan kesan air terhadap kesihatan, hinggalah suatu masa saya tertarik dengan fakta dari bacaan buku sains yang menjelaskan keajaiban air dalam membantu proses penyembuhan dan meningkatkan tahap kesihatan badan seseorang.

minum air2

Bermula dari situ juga, saya mula minat untuk tahu lebih lanjut mengenai sifat air dan kesesuaiannya mengikut fungsi keperluan badan yang berbeza-beza. Memang terbukti Air zam-zam adalah yang terbaik untuk kita. Namun, sedikit isunya adalah…  kekangan untuk dapatkan stok air zam-zam setiap hari kerana ada keraguan ketulenan air yang dijual dipasaran dan juga kosnya juga agak mahal.  (untuk buat minuman jer dah mahal.. untuk kegunaan memasak dan membersih???…. hmm… memang tak sesuai…).

Setelah tinjau sana sini, maka jumpa alternative pilihan terbaik iaitu air yang berion. Dari pembacaan buku-buku sains, hasil kajian penyelidik yang bertauliah barulah saya sedar bahawa sifat atau ciri air masak yang diminum selama ini  hanyalah sekadar air bersih sahaja. Manfaat air sangat luas, sebagai minuman, berwudhu’, untuk tujuan memasak, membersih dan menyejukkan diri, merawat penyakit dan banyak lagi.  Air yang benar-benar bersih dan mampu memperbaiki taraf kesihatan hidup kita ialah air berion. 

Uji ph 500x350

Selama hidup ini, kita hanya ambil semua nikmat yang diberi dan kurang ambil kesah tentang kelebihan dan kekurangan setiap perkara. Biasanya pilihan hanya tertumpu dalam aspek memilih kerjaya, memilih pasangan hidup dan keperluan fizikal lain seperti rumah, kereta, produk kecantikan, makanan dan lain-lain.. Namun… pilihan air yang menjadi elemen kedua penting dalam hidup selain oksigen tiada dalam senarai pilihan terbaik. Ops! Jangan terlepas pandang lagi!. Jom ubah cara hidup dengan mula amalkan pengambilan air yang betul-betul bersih dan berkhasiat supaya dapat membantu mengubati pelbagai penyakit seterusnya meningkatkan taraf kesihatan diri.

Pastikan air yang mengalir dan menyirami badan kita benar-benar bersih agar membantu membersih dan menyinkirkan toksin dari badan.

badan berasid

Pesanan kasih sayang dari penulis:

‘Sebagai makhluk Allah yang berakal, buatlah pilih yang afdal, sayangi diri!’. 

MANFAAT CENGKEH

MANFAAT CENGKEH

Cengkeh dengan nama saintifik “Syzygium aromaticum” merupakan tanaman yang mempunyai pelbagai manfaat. Cengkeh membantu melegakan rasa loya, muntah-muntah, sakit perut, kekejangan otot, sakit gigi dan beberapa penyakit lain serta menggalakkan kesihatan penghadaman. Jesteru itu, cengkeh antara bahan yang dicampur dalam pembuatan tembakau, sebagai rempah masakan, kek, biskut, minuman, ubat gigi, sabun, shampoo dan pelbagai lagi.  Ini kerana cengkeh mengandungi Eugenol, yang digunakan sebagai antiseptic tambahan pada bahan-bahan kecantikan dan ubat-ubatan.

cengkeh5

Antara manfaatnya ialah;

  1. Menyegarkan bau nafas

Bau nafas yang kurang enak boleh diatasi dengan cara mengunyah dan menghisap cengkeh. Kandungan Eugenol menjadikan nafas berbau segar disamping dapat merawat bibir pecah-pecah. Cengkeh juga digunakan dalam pembuatan ubat gigi dan ubat kumur, sabun, shampoo dan minyak wangi.

ubat gigi

  1. Mencegah infeksi Pernafasan

Cengkih mencairkan lendir yang terdapat pada kerongkong. Ini dapat membantu menyembuh infeksi pernafasan. Teh yang mengandungi cengkeh dapat membantu menyembuh dan mencegah infeksi saluran pernafasan. Hanya kunyah cengkeh boleh melegakan sakit tekak.

Selain itu, teh cengkih juga sesuai untuk pesakit asma. Pengambilan teh cengkeh dapat menenangkan sistem saraf dan juga meredakan sakit kepala.

cengkeh4

  1. Menyembuhkan sakit gigi

Ambil 5 hingga 10 butir (bahagian bunga) cengkih, sangai (goring tanpa minyak) dan kisar halus, taburkan serbuk cengkih pada gigi yang sakit. Ekstrak eugenol dari cengkih sering digunakan dalam prosedur pergigian seperti tampalan sementara,  terapi akar gigi dan lain-lain. Bagi meredakan sakit gigi yang amat sangat, celupkan kapas dalam minyak cengkih dan letakkan di sekitar gigi yang sakit.

Campurkan satu sudu teh minyak zaitun dengan setitik minyak cengkih. Gunakannya untuk mengurangkan sakit tumbuh gigi.

  1. Merawat loya, muntah dan kembung perut

Campuran serbuk bunga cengkih dengan madu adalah antara cara terbaik untuk meredakan loya, muntah-muntah, kembung perut dan sakit perut.

Masukkan 2-3 butir cengkih ke dalam secawan air mendidih. Biarkan 10 minit (supaya suam) dan campurkan dengan madu, minum untuk meredakan kembung perut dan gas.

Rendam satu sudu teh bunga cengkih kedalam 1 liter air mendidih. Selepas 15 minit minum (tiga kali sehari) untuk merawat mabuk, terutama apabila disebabkan oleh perubahan dalam ketinggian.

cengkeh2

  1. Membersihkan jerawat

Sapukan air rebusan cengkeh pada kawasan yang ditumbuhi jerawat atau parut jerawat. Kandungan Eugenol pada cengkeh berfungsi sebagai antiseptik dan pelembab kulit semulajadi dapat membantu mencegah jerawat dan memudarkan parut jerawat.

  1. Antiseptik semulajadi

Campurkan air rebusan cengkeh (20-30 butir) kedalam air mandian dengan nisbah 1:4.  Siram badan, gosok dan bilas hingga bersih. Cengkih mengandungi Eugenol sebagai antiseptik semulajadi yang bertindak sebagai bahan pembasmi kuman. Herba ini mempunyai flavonoid, kaempferol dan rhamnetin yang berfungsi sebagai anti -radang dan antibiotik. Ianya juga dapat mengurangkan tahap gula dalam darah.

cengkeh8

  1. Anti-fungal

Minyak cengkih berkesan dalam meredakan jangkitan fungal dan kurap. Jika diambil secara dalaman, ia membantu merawati cirit-birit. Selain itu herba ini membantu melawan jangkitan, ia dapat menyembuhkan kolera, batuk kering, cacing usus, malaria, dan juga meredakan demam. Teh bunga cengkeh ini juga membantu mengurangkan jangkitan fungal faraj.

  1. Meredakan sakit kepala

Campurkan kristal garam, serbuk bunga cengkih dan sedikit air jadi seperti pes. Sapukan pada dahi bagi melegakan sakit kepala.

cengkeh3

  1. Merawat kekejangan otot dan arthritis

Sapukan minyak cengkih di kawasan yang terlibat bagi meredakan kekejangan otot dan arthritis.

  1. Pewangi almari pakaian

Letakkan beberapa biji cengkih dalam almari pakaian. Aroma cengkeh dapat menyingkirkan bau kurang enak pada pakaian dan membuat pakaian tetap wangi dan segar. Gantikan setiap bulan agar aroma segar terus terpelihara.

  1. Hitamkan kening

Bakar 5-7 butir  biji bunga cengkih hingga garing kehitaman. Kisar hingga halus. Campurkan serbuk cengkih dengan minyak hazelnut. Sapu pada kening setiap petang.

Selamat mencuba, Semoga bermanfaat!

Sebarkan bahagia

LOSE WEIGHT

Assalamualaikum.

Semoga anda bahagia dengan segala yang anda miliki, keluarga, sahabat handai, jiran tetangga, pekerjaan, mahupun perniagaan yang anda jalankan. Nikmatilah setiap detik itu dengan hati yang lapang, ianya akan menjadi memori indah untuk dikenang.

Ramadhan kini semakin hampir. Ini suatu yang dinanti-nantikan. Namun.. satu perkara yang buat saya terfikir.. berat badan saya semakin menjadi-jadi naiknya. Jika dibiarkan terus bertambah, terpaksalah solat terawih duduk dikerusi nanti sebab lutut dah mula rasa sakit sikit. Ini semua sebab tabiat saya suka makan, asyik mengunyah, biskut, kerepek, kek dan lain-lain makanan ringan yang sentiasa ada depan mata (stok dibeli hampir setiap minggu). Tak sedar makin hari badan makin melebar.

malaysia-gemuk-obesiti-kurus-langsing-wanita-lelaki-gebu-sihat-boroi (1)

Berita akhbar pun kerap membincangkan isu obesiti. Bermula minggu ini, saya kembali jaga diet supaya dapat ‘lose weight’. Dapat kurangkan berat badan 10-15kg  pun alhamdulillah, sekurang-kurangnya badan jadi lebih ringan dan bertambah sihat. Dengan berat badan berlebihan ini, macam-macam risiko kesihatan yang akan dekat. Jika dibiarkan saja, tentu menjadi serius. Maka terpaksalah serius untuk ‘lose weight’.

Doakan saya supaya dapat ‘lose weight’, kurangkan inci dan bertambah sihat. Sebenarnya 2 tahun lepas saya sudah berjaya turunkan berat badan. Hehe… bila dah dapat berat badan ideal saya mula kembali layan hobi lama… suka makan. Haa! kan rugi!.  Makan berlebihan ni suatu tabiat buruk sebab ianya memudaratkan kesihatan, badan gemuk… huhu… tak selesa dan tak cantik (maaf ye!… ini yang saya rasa… bukan meremehkan orang lain!… tidak sama sekali, sekadar luahan dari pengalaman diri). Saya dapat bezakan tahap keselesaan masa saya slim dan masa tem-bam. Tambahan pula tabiat ini adalah satu pembaziran yang besar. Kita makan makanan yang tak diperlukan oleh badan. Kan membazir tu!, bazir duit, bazir sumber, bazir tenaga.

Teringat kata-kata ini “walaupun anda ada banyak duit dan mampu bermewah-mewah (makan banyak) untuk makan, namun anda harus ingat bahawa sumber makanan dimuka bumi ini adalah hak semua makhluk”. Hahaha… statement sebetulnya tak ingat dah!.. lebih kurang gitulah dan saya setuju dengan pendapat itu. Dalam islam sendiri menegaskan dalam setiap rezeki yang kita terima itu ada hak orang lain. So, fikir-fikirkanlah!.

Jom kita mulakan jaga diet supaya kita dapat ‘lose weight’ dan mendapat berat badan yang ideal, dapat menunaikan ibadah dengan lebih selesa  dengan tahap kesihatan yang optimum. Saya bukanlah mengharap ‘lose weight’ dengan drastik. 10kg dalam masa 3 hari atau 1 minggu. Berat badan naik pun ambil masa berbulan dan bertahun hasil tabiat makan yang buruk dan pilihan makanan yang tidak sihat. Maka kita perlu bersabar dalam proses turunkan berat badan ni, seperti mana badan tak ambil masa sehari dua untuk gemuk, logiknya juga badan tak ambil masa sehari dua untuk kurus. Kan!

Biar lambat asalkan selamat!. Asal dengar perkataan “lambat” jer pasti ada yang rasa tak best!. Sebenarnya kita perlu ubah tabiat makan sehingga otak dan sel badan dapat menerima perubahan  rutin diet secara berperingkat. Tempoh seminggu khas untuk melatih otak dan sel badan menerima perubahan fasa awal, minggu ke-2 fasa ke-2 dan seterusnya sehingga badan dapat sesuaikan dan menerima sepenuhnya perubahan  ini. Maka, SABAR sebagai kunci utama dalam berdiet. Jangan terpengaruh dengan pil diet atau krim pelangsing yang menjanjikan turunkan kilo dalam seminggu hingga 10 kg. Dikhuatiri supplement yang menjanjikan sebegitu, pasti ada ‘something hidden’ pada produk tersebut.  Awas!… Banyak dah lapran akhbar kes kematian selepas makan pil pelangsing termasuk yang mengalami kerosakan buah pinggang yang teruk. Sayangilah buah pinggang anda, sayangilah diri anda.

So, jom kita berDIET secara EFEKTIF. Iikut nasihat coach saya seperti langkah-langkah ini.

Langkah 1 –  Jaga Pemakanan Terutamanya Sarapan.

Nampak senang, tapi mencabar iman juga. Cabaran untuk fokus dan konsisten dengan apa yang kita inginkan memang berat juga kan!…bagi yang kurang iman. Fokus! Fokus! Fokus! Kata nak kurus pantas! The secret of change is to focus all of your energy, not on fighting the old but on building the new!

Cuba lihat menu yang menjadi kebiasaan dan rutin diri saya sekeluarga. Hidup tak legkap tanpa nasi, pagi nasi, tengahari nasi, malam nasi, huhu… patutlah tem-bam, anak-anak dan suami pun tem-bam. Anda jangan buat begini tau!. Sian anak-anak dan suami korang.

Breakfast – nasi goreng/ roti canai  + tea tarik/ milo ais

Lunch – nasi ayam/ nasi campur  + air sirap/ Kordial oren

High tea – goreng pisang + kuih-muih/ mee goreng  + air teh/kopi

Dinner – nasi campur + air kosong/ air oren/sirap

Supper – Teh ais + biskut/ mee segera

Awas!, Jika jadual makan anda sama seperti ini, itu petanda nak GEMUK pantas,… nak lagi pantas makan tidur makan tidur makan tidur je…hahaha…confirm cepat gemuk! UBAH…TUKAR…jika nak kurus pantas!

images (1)

Langkah 2 – Pemakanan yang seimbang.

Pilihan sarapan pagi yang bagus adalah makanan yang rendah kalori tetapi mempunyai semua nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk kita sebagai memenuhi keperluan tenaga hingga ke tengah hari.

Kesilapan majoriti rakyat Malaysia,  mengambil makanan berminyak, berkrim, bergoreng  tanpa mengambil kira faktor kalori dan kandungan nutrisi. Lambakan minyak dan lemak yang diambil setiap hari menyebabkan kandungan lemak dan kolestrol dalam badan meningkat dan terkumpul secara perlahan-lahan tanpa kita sedari. Ini semua berpunca daripada apa yang kita makan waktu sarapan pagi, makan tengahari dan malam.  Sebahagian besar penyakit yang dihidapi oleh rakyat disini adalah berpunca dari tabiat pemakanan.

“Good breakfast give good day!”. Maka berikan yang terbaik kepada sel badan. Sebaik-baiknya awal pagi mulakan dengan pengambilan makanan yang menganduni nutrisi lengkap. Kawal sarapan pagi anda dan begitu juga waktu-waktu makan yang lain dengan pengambilan makanan yang seimbang dan bernutrisi.

images

Langkah 3 –  Cuci Usus anda.

Untuk merawat penyakit atau pun ‘lose weight’, asas utamanya, cuci usus dahulu! kenapa? macam mana?

Pernah dengar komplen atau rungutan sesetengah orang?, saya tak rasi makan ubat ini, saya rasi minum ubat itu.

Punca sebenarnya bukan salah ubat. Kita yang perlu  detox dulu badan sebelum memulakan program pemulihan kesihatan atau penurunan berat badan. Usus yang bersih membolehkan sel  badan dapat menyerap nutrisi dari makanan yang diambil dengan lebih optimum. Secara amnya, masih terdapat sisa-sisa kecil yang tidak boleh di detox oleh badan, maka pengambilan supplement bagi membantu cuci usus juga adalah perlu, sekurangnya seminggu sekali.

images (3)

Langkah 4 –  Rancang Menu

Usus sudah pun bersih. Sarapan pagi juga mengambil makanan yang sihat. Awas! Buatlah pilihan yang betul dalam memilih menu makanan seterusnya, iaitu makan tengahari dan malam.

Pilihan menu atau ‘meal plan’ adalah jadual pemakanan berdisiplin dan bernutrisi yang wajib diikuti berdasarkan target penurunan berat badan yang anda kehendaki.

Satu lagi, pesanan untuk diri sendiri dan juga buat anda. Letak target yang realistik untuk ‘lose weight’ Usah melampau atau secara drastik. Ini akan memberi kesan kepada sistem tubuh dan organ dalaman badan untuk berfungsi. Jantung dan organ lain terbeban untuk melakukan kerja-kerja mengepam darah, menyingkir toksid, dan lain-lain tugas dalam badan jika penurunan berat badan dibuat secara drastik. Biarlah penurunan berlaku tidak terlalu pantas, namun yang penting konsisten dan result akhir, reshape!

food n health ind

Wow! Reshape? Camana tu?

Reshape adalah proses pembentukan semula badan setelah berat  badan turun. Badan akan reshape menjadi bentuk tubuh lebih cantik dan kemas!. Tak ada  ‘spare tyre’ or  flabby. Maka, untuk reshape secara berkesan, wajib ambil makanan yang penuh protein untuk ‘firm’kan kembali otot-otot badan supaya menjadi lebih kental dan kulit tidak kendur atau mengelebeh setelah berat badan turun..

Jadi apa-apa pun bijaklah apabila menyenduk atau mengambil makanan dalam menu seharian kita. Kita perlu bijak mengawal pengambilan kalori dengan betul yang bersesuaian dengan gaya hidup sendiri dan kita tidak terhalang untuk makan makanan kegemaran kita. Yang penting kawal kuantitinya kerana  “we are what we eat!”.

reshaping body gel 9

Langkah 5 –  Banyak Minum Air Kosong

Ini adalah perkara wajib. Selagi isu minum air yang cukup belum selesai, maka susahlah nak capai matlamat. Inilah asas utama dan rahsia untuk ‘lose weight’ cara pantas. Nak turunkan berat badan wajib belajar minum air kosong secara konsisten kerana ia boleh membantu menyingkirkan toksid dan menurunkan kalori dalam badan yang dah tersimpan lama bawah lapisan kulit.

Air kosong berfungsi  mencuci buah pinggang dan juga menguraikan lemak-lemak lama yang akan didetox melalui air kencing.  Bila anda kurang minum air kosong, buah pinggang kita akan bekerja keras untuk proses detox dan keluarkan melalui air kencing.. Ini adalah cara yang tidak sihat dan akan membebankan buah pinggang anda, dan pengakhirannya buah pinggang menjadi rosak.

9reasons drink water1

Langkah 6 –  Supplement dan Replacement

Pengambilan supplement sangat perlu pada masa kini.  Negara Jepun memberi suplement kepada penduduknya bagi mencegah sebarang penyakit kronik. Ini suatu langkah yang bijak kerana kos merawat biasanya lebih banyak daripada kos mencegah jika dilihat dari sudut efisiensi sumber tenaga manusia dan ekonomi. Maka untuk diet yang sihat dan nak slim pantas, pengambilan supplement sangat penting untuk memberikan nutrisi yang diperlukan oleh sel badan dan mengimbangi rutin pemakanan harian kita. Anda juga perlu mula mengamalkan ‘food replacement’.

Apa itu Food Replacement?

Food Replacement adalah makanan gantian (alternatif). Macam orang sakit yang tak boleh makan, doktor akan masukkan makanan (biasanya susu) melalui tiub yang disambung ke saluran badan bagi menggantikan makanan harian yang biasa. So, bagi kita yang masih boleh makan, tukar menu saja. Gantikan kebiasaan sarapan roti canai dan teh tarik setiap pagi kepada menu yang lebih berkhasiat dan rendah kalori. Segelas ‘mix shake’ iaitu campuran buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin, akan buat anda rasa kenyang lebih lama kerana mengandungi air dan nutrisi yang lengkap. All in one glass, simple and perfect!.

Cadangan: blendkan sebiji epal + sepotong nenas + sebiji timun jepun, 5 biji tomato ceri + 3 biji kurma + 1 sudu madu + 1 sudu chia seeds + sepotong lemon + 1 sudu oat + 400ml air sejuk.  Boleh minum untuk 2 orang.

quotes1

Selamat mencuba!.

Doakan saya agar lebih sihat ya!. Saya perlu sihat supaya dapat menjaga insan-insan yang saya sayangi dan juga dapat beribadah dengan selesa.

Sekian.

Sebarkan bahagia.

PUASA

PUASA

 

Hari ini kita berada di penghujung bulan Rejab, bulan pengampunan. Cuma beberapa hari saja lagi akan hadir bulan Sya’aban dan diikuti pula bulan Ramadhan. Ramai yang meghayati bulan-bulan ini dengan menambah ibadah. Antaranya berpuasa. Banyak manfaat berpuasa. Bukti saintifik juga mengesahkan puasa untuk tempoh masa tertentu adalah suatu pilihan yang terbaik untuk menjaga kesihatan fizikal dan minda. Kini, puasa menjadi pilihan utama di kalangan individu yang mementingkan kesihatan dan kecerdasan fizikal dan minda yang optimum.

 

 

solat-qasar-dan-jamak-19-638

 

Apakah manfaat berpuasa?

 

Jom kita lihat manfaatnya dan jadikan amalan dalam kehidupan seisi keluarga.

 

 

1.   Puasa Membantu Menurunkan Berat Badan
Puasa adalah cara yang selamat untuk menurunkan berat badan. Tempoh masa yang agak lama ketika berpuasa memberi laluan kepada tubuh untuk membakar sel-sel lemak dengan lebih berkesan berbanding dengan diet yang biasa. Ketika berpuasa tubuh terpaksa menggunakan lemak dan membakarnya sebagai alternatif untuk mendapatkan sumber tenaga.

 

 

2.  Puasa meningkatkan tahap metabolisme
Dengan berpuasa, kita sebenarnya merehatkan sistem pencernaan dari terus bekerja tanpa rehat, dapat memperbaiki fungsi usus menjadi lebih sihat, sekali gus meningkatkan fungsi metabolisma badan.

Ini adalah suatu impak yang baik, peningkatan fungsi metabolisme dapat membakar sel lemak dengan lebih berkesan. Jesteru itu, puasa juga adalah penyelesaian terbaik kepada indididu yang mengalamai masalah penghadaman.

 

 

3.  Puasa Mengawal hormon.
Puasa membantu mengawal hormon di dalam badan . Apabila hormon berfungsi dengan baik, ia akan memberi isyarat kenyang lebih cepat ketika makan. Dengan berpuasa, kita dapat mengalami dan menghayati rasa kelaparan yang sebenar kerana tempoh masa berpuasa agak panjang iaitu sekitar 14jam. Maka, hormon badan akan memberi isyarat membakar lemak untuk mendapatkan tenaga.
Inilah punca kenapa obesiti berlaku. Individu ini tidak menerima isyarat kenyang ketika makan berlebihan. Ini membina suatu tabiat makan yang tidak sihat. Maka puasa adalah cara membantu mereka me-reset semula isyarat tersebut supaya badan dapat mengawal selia dan melepaskan hormon yang betul. supaya boleh memberi isyarat lapar atau kenyang yang sebenarnya.

 

 

4.  Meningkatkan Sistem Imun
Puasa membantu meningkatkan sistem imun badan. Dengan berpuasa, sel badan dapat mengawal keradangan, mengurangkan risiko kerosakan radikal bebas, dan juga mengurangkan risiko pembentukan sel kanser.
Perasan tak?, apabila sakit, haiwan berhenti makan dan berehat sepenuhnya. Inilah cara untuk mengurangkan tekanan pada sistem dalaman supaya badan dapat melawan jangkitan secara semulajadi.

Subhaanallah. Hebatnya kejadian Allah.

Manusia? Kita sibuk mencari ubat apabila sakit, sedangkan badan kita hanya perlukan rehat yang sebenar-benarnya iaitu:
i) berpuasa (untuk merehatkan dan memulihkan fungsi dalaman) dan
ii) mengambil hanya sedikit makanan yang rendah kalori tapi mengandungi nutrisi lengkap untuk memastikan sel badan kembali pulih.

 

 

5.  Puasa Meningkatkan sensitiviti Insulin
Puasa telah terbukti mempunyai kesan positif ke atas sensitiviti insulin. Fungsi insulin adalah untuk menjaga tahap glukos dalam aliran darah pada julat yang normal. Kajian menunjukkan bahawa selepas tempoh berpuasa, insulin menjadi lebih berkesan dalam memberitahu sel-sel untuk mengambil glukosa dari darah.
6.  Puasa Meningkatkan jangka hayat
Kajian menunjukkan semakin kurang makan semakin panjang jangka hayat. Ini disebabkan makan berlebihan memberi risiko penyakit, merosakkan sel badan dan melemahkan kecergasan badan. Kebanyakan penyakit yang dihidapi oleh rakyat negara ini adalah berpunca dari tabiat makan dan juga pemilihan makanan yang tidak sihat,
Sel badan yang sihat akan meningkatkan metabolisma. Metabolisme yang perlahan akan menyebabkan penuaan lebih cepat berlaku. Maka, puasa adalah cara terbaik mengawal metabolisma.

 
7.  Puasa mengawal diet harian.

 

Puasa mengawal tabiat dan corak pemakanan yang betul. Dengan berpuasa, kita menghadkan makan pada masa yang ditetapkan dan sesuai dengan diet harian. Puasa juga dapat mengimbang kembali pengambilan kalori berlebihan ketika menghadiri majlis-majlis keraian dengan cara berpuasa pada hari berikutnya.

 

 

8.  Puasa Meningkatkan Fungsi Otak Anda
Puasa meningkatkan fungsi otak, kerana ia meningkatkan pengeluaran protein (brain-derived neurotrophic factor. Protien ini mengaktifkan sel stem otak yang meningkatkan kesihatan saraf. Protein ini juga melindungi sel-sel otak dari ancaman Alzheimer dan penyakit Parkinson.
9.  Puasa Membantu Kulit Cerah Dan Mencegah Jerawat
Macam mana?  Penghadaman adalah sistem yang paling banyak menyerap tenaga dalam badan. Maka, berpuasa dapat merehatkan sistem pencernaan dan memberi ruang lebih banyak tenaga dalam badan untuk kegunaan fungsi yang lain. Tenaga dapat difokus untuk kegunaan sistem badan yang lain iaitu membersihkan toksid, mengawal fungsi hati, buah pinggang dan bahagian-bahagian lain. Keberkesanan fungsi hati menyah toksid membantu kulit menjadi bersih dan bebas jerawat.

Puasa menjadikan diri sihat fizikal dan minda. Kita dapat menikmati kehidupan yang sebenarnya dan menjalani hidup harian dengan rasa syukur.

 

images (1)

 

 

pel-16-unit-1-ibadat-puasa-18-638

 

 

KUDIS BUTA

KUDIS BUTA

scabies hand

 

Dijangkiti kudis!. Usah ambil mudah. Jumpalah doktor segera jika anda dijangkiti kudis. Usah bertangguh kerana dikhuatiri kudis yang anda hidapi bukan kudis biasa, ianya kudis buta yang boleh berjangkit kepada orang lain.

Kudis buta adalah sejenis jangkitan kulit disebabkan oleh sejenis hama atau kutu yang bernama Sarcoptes scabiei. Manusia adalah mangsa kutu ini. Kutu inijga menumpang hidup pada haiwan seperti kucing dan anjing. Namun hayatnya cuma 14 hari jika bukan berada di kulit manusia. Kutu ini tidak dapat bertahan pada suhu lebih 60⁰C.

Kutu ini duduk di bawah lapisan luar kulit dan bertelur di bawah kulit serta mendapat makanan dengan menghisap darah mangsanya. Kudis buta boleh dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit ke kulit. Semua orang terdedah kepada jangkitan ini tanpa mengira faktor usia atau jantina.

Jika anda mempunyai kudis, pasangan dan ahli keluarga juga perlu dirawat tanpa mengira sama ada mereka mempunyai sintom. Mungkin virus kudis telahpun disebar melalui sentuhan badan atau hubungan seksual. Berjumpalah doktor di klinik kesihatan terdekat untuk diperiksa dan dirawat sebelum virus membiak lebih banyak.

 

scarbies

RAWATAN KUDIS BUTA

Kudis buta merebak melalui hubungan rapat pesakit dengan berkongsi pakaian, tuala dan selimut, berkongsi tempat tidur dan juga sentuhan antara kulit ke kulit.

Cuci pakaian dan barangan lain yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas. Masukkan barang-barang yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik bertutup dan simpan tujuh hari atau lebih bagi mematikan hama dan telurnya.
Bersihkan perabut dan tempat tidur dengan pencuci hampagas. Untuk mengelakkan jangkitan semula, semua ahli keluarga dan kenalan rapat, termasuk pasangan anda perlu dirawat pada masa yang sama seperti anda, walaupun mereka tidak mempunyai apa-apa gejala. Tujuannya untuk memutuskan kitaran hidup kutu tersebut.

 

 

LOSYEN DAN KRIM

Losyen dan krim digunakan untuk merawat gatal kulit seperti berikut:
A. Permethrin 5%
B. Losyen Malathion 0.5%
C. Gamma benzene hexachloride (or lindane)
D. Benzyl Benzoate lotion (EBB)

Sapu krim atau losyen keseluruh bahagian kulit badan, kecuali kepala. Pastikan kulit dalam keadaan kering dan sejuk sebelum menyapu krim . Jangan sapu krim selepas mandi air panas kerana krim akan cepat diserap ke dalam kulit tidak akan kekal lama dikawasan kudis tersebut.

.
Pastikan bahagian yang sukar untuk dicapai seperti belakang badan, tapak kaki anda, di celah jari tangan dan kaki, di celah kuku juga disapu. Gunakan putik kapas untuk sapu di bahagian tersebut dan masukkan kedalam beg plastik untuk dibuang.

Sapukan semula krim atau losyen segera bagi kawasan kulit yang dibasuh sebelum tempoh 24jam rawatan.
Basuh katil, pakaian, tuala dan kelengkapan selepas rawatan fasa pertama.
Ulangi proses rawatan tujuh hari lagi selepas rawatan fasa pertama bagi memastikan pemulihan berjaya.

Rawatan lanjutan dibuat bagi memastikan semua kutu yang baru menetas mati. Biasanya rawatan ini mengambil masa sebulan untuk rasa gatal reda sepenuhnya.

 

 

KAWALAN JANGKITAN

Kutu ini merebak melalui hubungan rapat  pesakit melalui berkongsi pakaian, tuala dan selimut, berkongsi tempat tidur dan sentuhan antara kulit ke kulit.

Sebelum mula menggunakan krim atau losyen, basuh semua cadar, pakaian dan tuala pada suhu yang melebihi 50⁰C. Bagi barang yang sukar dibasuh masukkan kedalam beg plastik selama sekurang-kurangnya 72 jam untuk mematikan hama.
Bersihkan lantai di dalam rumah, permaidani dan perabot. Elakkan berurusan dekat dengan orang lain sebelum anda menggunakan krim atau losyen dan juga sehingga rawatan selesai. Anda boleh kembali bekerja atau sekolah selepas rawatan fasa pertama selesai.

Kudis buta boleh berjangkit semula, pastikan anda mengikut segala arahan rawatan dan bersihkan bahan yang telah dicemari dengan penyakit tersebut.

Semua rawatan untuk Kudis Buta ini perlu diberikan serentak kepada semua yang ahli keluarga yang tinggal serumah dengan pesakit bagi memutuskan kitaran hidup Kudis Buta ini. walaupun ahli keluarga lain tiada simptom jangkitan.

 

GATAL

Walaupun pesakit telah pulih dari jangkitan selepas rawatan selesai. Rasa gatal-gatal mungkin berlanjutan sehingga 1-2 minggu disebabkan sisa najis dan telur kutu masih ada dibawah kulit pesakit. Rawatan ini memerlukan sedikit masa untuk hilang sepenuhnya.
Sapukan krim untuk mengurangkan rasa gatal dan keradangan. Antara yang sesuai digunakan ialah:
i. Krim steroid
ii. Krim Menthol atau gel
iii. Antihistamin, boleh menyebabkan mengantuk, elakkan memandu atau mengendalikan jentera berat.

 

Tips menghilangkan rasa gatal, bersihkan kulit dengan Calming Cleanser Milk dan sapukan Sun Protection (Acne & Sensitive).

 

 

 

 

JERAWAT

JERAWAT

Jerawat susah nak sembuh

 

Jerawat adalah musuh utama kulit generasi muda masa kini. Masalah ini bukanlah mengancam nyawa, ia adalah penyakit kulit yang tinggi bilangan penderitanya. Ianya menyakitkan, terutama apabila membengkak dan bernanah. Hal ini terjadi bukan kerana kulit luaran kotor semata, malah faktor utamanya adalah dari dalam tubuh. Keadaan kulit tidak normal akibat gangguan produksi kelenjar minyak (sebaceus gland) yang berlebihan menyebabkan saluran folikel rambut dan pori-pori kulit tersumbat.

 

 

Mengapa Terjadinya Jerawat?

Berlaku disebabkan oleh hormon androgen menghasilkan kelenjar minyak berlebihan. Kelenjar minyak yang berlebihan bercampur dengan sel kulit mati, debu dan kotoran. Campuran itu menyumbat liang yang berbentuk bintik hitam atau putih. JIka keadaan kulit begini dibiarkan, ia boleh menyebabkan terhasilnya jerawat. Jerawat timbul di mana-mana sahaja pada badan, iaitu di muka, belakang, leher, dada, bahu dan lain-lain.

Masalah ini juga pencetus tekanan emosi kepada mangsa. Biasanya mangsa mengalami kurang keyakinan diri dan rasa tidak selesa. Dapatkan rawatan segera membantu mencegah pertumbuhan jerawat dengan lebih banyak dan juga dapat mencegah parut kekal.

 

 

Apakah Faktor-faktor Risiko Jerawat?

Ramai yang mebuat andaian makan makanan berminyak adalah penyumbang kepada jerawat. Tiada bukti saintifik keatas andaian ini, namun ada faktor-faktor penyebab:
• diet yang tinggi kandungan gula atau karbohidrat yang diproses, seperti roti dan kerepek
• perubahan hormon yang disebabkan oleh baligh atau wanita hamil
• ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan atau kortikosteroid. Pengambilan ubat kortikosteroid, sama ada oral (ubat minum), topical (ubat sapu), mengakibatkan daya tahan tubuh menurun, Menyebabkan potensi timbulnya jerawat kerana pertumbuhan bakteria patogen meningkat.
• faktor genetik, ibu bapa yang mempunyai jerawat
• sel-sel kulit mati dan bakteria terkumpul dalam liang-liang

 

Remaja adalah paling mudah ditumbuhi jerawat apabila mencapai usia akil baligh. Pada masa ini, badan mengalami perubahan hormon yang drastik. Perubahan ini menyebabkan pengeluaran minyak yang aktif, yang menyebabkan risiko masalah kulit ini. Namun, masalah ini biasanya reda apabila mereka dewasa.

 

 

Bolehkah Jerawat dicegah?

Bukannya mudah mencegah jerawat. Namun, ikut langkah berikut, ia juga membantu :
•  cuci muka dua kali sehari. Guna sabun lembut untuk menghapuskan minyak berlebihan dan kotoran
•  elak guna bahan solek yang mengandungi minyak, gunakan bahan solek berasaskan air atau yang dilabel ” noncomedogenic ” (tidak menyumbat liang)
•  bersihkan kulit dan tanggalkan solekan dengan sempurna sebelum tidur
•  makan makanan yang sihat, kurangkan pengambilan gula
•  kurangkan tekanan (stress). Stress bukan faktor secara langsung penyebab jerawat. Namun, dalam keadaan stress hormon tertentu keluar menyebabkan tumbuh jerawat. Stress juga penyebab individu tersebut cenderung makan banyak dan menukar diet makan makanan manis dan berlemak
•  elahkan memicit jerawat yang menyebabkan bakteria merebak.

 

 

Bagaimana Jerawat Diatasi?

Doktor atau Pakar Perundingan Kecantikan mendiagnos pesakit dengan memeriksa kulit mangsa jerawat. Doktor atau Pakar Kecantikan akan mengenal pasti jenis-jenis jerawat dan tahap luka untuk menentukan rawatan yang paling sesuai dan terbaik.

 

Tips: Gunakan Set Rawatan Jerawat ZarrazParamedical.

 

PIGMENTASI

Apa itu Pigmentasi?

jeragat

 

Semua wanita nak kulit cantik, bersih, gebu dan bersinar. Namun, ancaman dari radikal bebas, perubahan hormon dan terdedah kepada cahaya matahari dan lampu boleh merosakkan kulit. Kesannya pigmentasi terjadi seperti tona kulit tak sekata, tompok-tompok coklat, dan bintik-bintik hitam diwajah. Ini membuat wajah kelihatan lebih tua dari usia sebenar.
Pigmentasi penyebab ramai wanita bimbang. Walaupun ia tidak merbahaya, namun wujudnya tompok-tompok gelap (hyperpigmentation) atau cerah (hypopigmentation) pada wajah boleh menyebabkan sesetengah wanita rasa rendah diri.

 

 

Bagaimana Pingmentasi terjadi?.
Cahaya matahari mengeluarkan UVA dan UVB. Sinaran UVB membakar lapisan atas kulit (epidermis) yang menyebab selaran matahari. Sinaran UVA menembusi jauh ke dalam kulit (dermis) dan penyebab utama sel kulit (dikenali sebagai melanosit) mengeluarkan pigmen (dipanggil melanin) yang berlebihan. Fungsi melanin memberi warna pada kulit. Kuantiti melanosit di dalam kulit menentukan warna kulit. Selain memberi warna kulit, melanin melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran matahari. Semakin banyak kulit terdedah kepada sinaran cahaya matahari, semakin banyak melanosit menghasilkan melanin. Melanin yang berlebihan akhirnya disimpan di bawah kulit, yang menyebabkan terjadinya tompok-tompok coklat, tona tak sekata, atau pigmentasi. Dermis mengandungi saluran darah, dan saraf. Kerosakan dermis menyebabkan risiko penuaan berlaku dengan lebih cepat..

 

Maka, sentiasalah guna pelindung matahari sama ada di dalam atau di luar rumah bagi melindungi kulit. Cahaya lampu juga menghasilkan sinar UV. Pendedahan kepada sinar UVA dan UVB menyebabkan risiko pingmentasi, kulit kusam, dan penuaan lebih awal. Selain muka, pigmentasi juga terjadi di kawasan badan yang lain seperti leher, tangan, lengan, belakang dan lain-lain.

 

Masalah hormon tak seimbang juga menyebabkan pigmentasi yang dipanggil ‘melasma’. Biasanya berlaku kepada wanita yang mengambil pil perancang keluarga dan wanita hamil.

 

Tinjauan yang dilakukan keatas wanita, apa yang mereka nak tehadap kulit mereka, jawapannya, tona kulit sekata, kulit cerah, licin, bersinar dan tanpa cela.

 

Zarraz ada penyelesaiannya!. Sun Protection SPF 50 dibuat khas untuk melindungi kulit dari ancaman cahaya UVA dan UVB. Krim ini mampu merawat pigmentasi, melasme, tona kulit tidak sekata, parut dan kulit sensitif. Pemakaian krim secara konsisten menjadikan kulit lebih cerah secara semula jadi, kerana krim ini mampu melindungi kulit dari ancaman cahaya UVA dan UVB.

 

Selamat Mencuba

Sebarkan kebaikan.

Sebarkan bahagia.

KHASIAT KOPI

Ramai yang menyangka habit minum kopi adalah amalan yang tidak sihat. Mereka ditakutkan dengan mitos, minuman ini mengandungi kafein yang tinggi yang boleh menggangu kesihatan. Namun sebenarnya minuman ini adalah antara minuman yang mempunyai banyak kebaikan selain madu dan susu. Hasil dari kajian, kopi adalah minuman yang paling popular di dunia dimana lebih dari 400 juta cawan kopi diambil setiap tahun. Wow! ramai penggemar minuman klasik ini di dunia. Hasil kajian juga menunjukkan 52% daripada jumlah penduduk US minum kopi secara rutin setiap hari, dan yang lainnya  juga turut minum beberapa kali dalam seminggu.

Sebenarnya, amalan minum kopi tidak merbahaya jika diambil dalam kuantiti yang tepat. Yang penting dan perlu anda ingat ialah mengawal kandungan gula, kurangkan gula dalam minumam kopi atau gunakan pemanis yang selamat seperti stavia. Jom  lihat manfaat kopi seterusnya.

kopi

  1. Memberi Tenaga dan Meningkatkan Kecergasan dan Ingatan

Kandungan zat psaikoaktif (dikenali sebagai  kafein) yang terdapat dalam kopi dapat membantu  menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Kafien berfungsi sebagai perangsang saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Kafein diserap ke aliran darah dan sampai ke otak. Sebab itulah, minumlah dalam jumlah wajar menjadikan tubuh kita segar, tidak mudah mengantuk dan meningkatkan pelbagai fungsi otak, antaranya menguatkan memori. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi sehingga 135 mg, berbanding teh hanya 35 mg sahaja.

  1. Anti Oksidan

Kopi mengandungi unsur anti oksida bagi melindungi radikal bebas. Ia digunakan dalam rawatan kecantikan kerana mengandungi unsur anti oksidan dan juga multivitamin yang memberi manfaat kepada kulit dan tubuh badan. Kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard mendapati khasiatnya dapat melindungi seseorang daripada masalah penuaan!. Kafein juga turut dijadikan salah satu bahan pelengkap ubat sakit kepala.

khasiat-pokok-kopi-3

  1. Membakar lemak.

Kopi merupakan sumber alam yang membantu membakar lemak badan. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Maka, kebanyakan supplement pembakar lemak atau ‘ubat langsing’ mengandungi kafein. Kafein dapat meningkatkan metabolisma. Kefein meransang sistem saraf dan memberi signal kepada sel lemak untuk memecahkan lemak bagi membolehkan proses pembakaran lemak yang berkesan. Spa dan pusat kecantikan menggunakan bahan ini sebagai lulur badan bagi memecahkan lemak dan juga untuk tujuan rawatan menghaluskan kulit.

  1. Mengandungi Multi Vitamin

Kopi mengandungi khasiat Vitamin B2 (Riboflavin), B3 (Mangan dan Kalium, Magnesium dan Niacin), dan B5 (Asid Pantotenat). Kandungan kromium dan magnesium dapat membantu menngurangkan risiko diabetes jenis II.

pokok kopi

  1. Melindungi Alzheimer dan Parkinson

Alzheimer dan Parkinson adalah penyakit ‘neurodegenerative’. Kajian menunjukkan penggemar kopi mempunyai risiko lebih rendah terhadap penyakit ini. Kandungan kafein yang terdapat dalam minuman ini membantu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson.

  1. Mengurangkan Stress, Tekanan Darah Tinggi dan Risiko Jantung

Hasil kajian kerjasama dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok. Wanita yang mengamalkan minum ini mempunyai  risiko lebih rendah mengalami tekanan. Biasanya wanita lepas melahirkan anak dan dalam proses berpantang diberi minum kopi bagi mengurangkan tekanan atau risiko meroyan. Aromanya memberi peranan mengurangkan stress.

  1. Melindungi Hati dan Penyakit Kanser.

Terdapat penyakit yang boleh merosakkan hati seperti hepatisis, hati berlemak dan sirosis. Kopi dapat mengurangkan risiko primary sclerosing cholangitis (PSC), iaitu penyakit auto-imun yang menyebabkan gagal fungsi hati, sirosis hati, dan juga kanser. Amalan minum kopi dapat melindungi risiko sirosis, kanser hati dan juga kanser kolon.

kopi cawan

Nota : Awas!, kafien boleh menyebabkan kehilangan air di dalam tubuh kerana kafein menyebabkan tubuh memproses panas dan tenaga. Maka, minumlah banyak air bagi menggantikan kehilangan air yang diperlukan oleh tubuh badan anda.

Wanita mengandung tidak digalakkan meminumnya dalam kuantiti yang banyak. Mengikut penelitian dari beberapa kes di New Zealand dan Sweden, didapati wanita hamil yang mengambil bahan ini terlalu kerap melahirkan bayi sukar bernafas ketika dilahirkan dan juga berisiko mengalami keguguran.

DURIAN BELANDA

Durian Belanda juga dikenali sebagai ‘Graviola’ atau ‘Annona muricata’ adalah buah yang bersaiz besar dan berduri lembut. Durian belanda adalah buah-buahan tropika, isinya berwana putih dan mempunyai biji berwarna hitam. Isi yang lembut dan manis sering dijadikan minuman, ais krim dan juga pemanis dalam makanan.durian belanda

Pokok durian belanda merupakan tumbuhan asal dari Benua Amerika dan Amerika Selatan. Nama “belanda” diberi sebab ia dibawa masuk ke Asia Tenggara oleh pemerintah kolonial Hindia-Belanda pada abad ke-19. Buah ini juga dikenali dengan nama durian selat atau durian sayur (Kelantan), durian Eropah (Langkawi) dan sirsak (Indonesia).

Durian belanda mengandungi karbohidrat sebagai nutrien utamanya, juga kaya dengan nutrisi yang lain seperti vitamin C yang tinggi, vitamin B1 dan B2 seperti thiamin , riboflavin dan niasin, kalsium, fosforus, fruktosa, amyloid, asid sitrik, manganese, sukrosa, reticuline dan sedikit zat besi. Sebatian semula jadinya yang berciri perubatan menjadikan buah ini memberi manfaat kepada kesihatan anda.

jus durian belanda

Daun pokok durian belanda digunakan untuk melegakan masalah perut, demam, masalah pernafasan seperti batuk dan asma, dan pelbagai masalah perubatan yang lain. Daun pokoknya juga boleh dijadikan serbuk teh dan diminum sebagai rawatan sakit kerongkong. Akar, kulit dan daunnya dapat meredakan masalah diabetis. Kulit pokok ini juga dipercayai membantu mengubati penyakit jantung, dan batuk.

Jus durian belanda diminum bagi meredakan demam, membunuh cacing (masalah kecacingan bagi kanan-kanak) dan rawatan cirit-birit. Minyak yang terhasil daripada daun atau buahnya yang masih muda dan dicampur dengan minyak zaitun digunakan untuk mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal badan.

durian-belanda

Durian Belanda mengandungi beberapa bahan-bahan semula jadi termasuk sebatian lemak yang dikenali sebagai ‘acetogenins’ durian belanda jusatau‘annonacin’, juga kandungan bahan lain seperti quinolones , annopentocins dan dua alkaloid, coreximine dan reticuline . Sebatian lemak ‘acetogenins’ durian belanda dikaji khusus untuk mengenalpasti potensinya mencegah atau melambatkan pertumbuhan kanser. Pusat Kanser juga mengatakan bahawa beberapa sebatian dalam durian belanda secara semula jadi adalah antivirus, aktibakteria, antikanser dan antitumor.

Menurut kajian tahun 1997 dalam “Jurnal Perubatan Kimia,” buah ajaib in telah diuji pada sel-sel kanser payudara dan hasilnya 250 kali lebih berkesan dalam membunuh sel-sel berbanding dengan rawatan kemoterapi. Durian belanda mampu melindungi serangan sel kanser secara efektif dan semulajadi tanpa kesan sampingan rasa mual, berat badan turun, rambut gugur seperti yang terjadi pada rawatan kemoterapi. Durian belanda meningkatkan sistem kekebalan (imun) tubuh dan mencegah dari risiko jangkitan. Pesakit menjadi lebih kuat dan lebih sihat selama proses penyembuhan kerana durian belanda boleh memberi tenaga.

Rawatan kanser lebih berkesan dengan pengambilan durian belanda kerana sebatiannya memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza seperti kanser Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas. Tidak seperti kemoterapi, ekstrak buah ini hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat, ianya tidak membahayakan kerana tidak turut membunuh sel-sel yang sihat semasa proses penyembuhan. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat bagi melambatkan pertumbuhan sel kanser jika dibandingkan dengan rawatan Adriamycin dan kemoterapi.

Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, antivirus, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan memulihkan sistem saraf yang kurang baik dan dapat menyekat keradangan. Khasiat durian belanda juga membantu menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

durian belanda3

Tips:

Sebiji durian belanda mengandungi kira-kira 15 miligram annonacin, komponen yang paling dikaji, dan satu tin yang disediakan secara komersial durian belanda madu memberikan 36 miligram annonacin. Maka, elakkan makan durian belanda yang melebihi had kerana kuantiti besar sebatian alkaloid boleh menyebabkan gejala neurologi seperti penyakit Parkinson. Biji buah durian belanda pula adalah beracun dan dapat digunakan sebagai insektisida semulajadi untuk pokok sayuran.