MANFAAT CENGKEH

MANFAAT CENGKEH

Cengkeh dengan nama saintifik “Syzygium aromaticum” merupakan tanaman yang mempunyai pelbagai manfaat. Cengkeh membantu melegakan rasa loya, muntah-muntah, sakit perut, kekejangan otot, sakit gigi dan beberapa penyakit lain serta menggalakkan kesihatan penghadaman. Jesteru itu, cengkeh antara bahan yang dicampur dalam pembuatan tembakau, sebagai rempah masakan, kek, biskut, minuman, ubat gigi, sabun, shampoo dan pelbagai lagi.  Ini kerana cengkeh mengandungi Eugenol, yang digunakan sebagai antiseptic tambahan pada bahan-bahan kecantikan dan ubat-ubatan.

cengkeh5

Antara manfaatnya ialah;

  1. Menyegarkan bau nafas

Bau nafas yang kurang enak boleh diatasi dengan cara mengunyah dan menghisap cengkeh. Kandungan Eugenol menjadikan nafas berbau segar disamping dapat merawat bibir pecah-pecah. Cengkeh juga digunakan dalam pembuatan ubat gigi dan ubat kumur, sabun, shampoo dan minyak wangi.

ubat gigi

  1. Mencegah infeksi Pernafasan

Cengkih mencairkan lendir yang terdapat pada kerongkong. Ini dapat membantu menyembuh infeksi pernafasan. Teh yang mengandungi cengkeh dapat membantu menyembuh dan mencegah infeksi saluran pernafasan. Hanya kunyah cengkeh boleh melegakan sakit tekak.

Selain itu, teh cengkih juga sesuai untuk pesakit asma. Pengambilan teh cengkeh dapat menenangkan sistem saraf dan juga meredakan sakit kepala.

cengkeh4

  1. Menyembuhkan sakit gigi

Ambil 5 hingga 10 butir (bahagian bunga) cengkih, sangai (goring tanpa minyak) dan kisar halus, taburkan serbuk cengkih pada gigi yang sakit. Ekstrak eugenol dari cengkih sering digunakan dalam prosedur pergigian seperti tampalan sementara,  terapi akar gigi dan lain-lain. Bagi meredakan sakit gigi yang amat sangat, celupkan kapas dalam minyak cengkih dan letakkan di sekitar gigi yang sakit.

Campurkan satu sudu teh minyak zaitun dengan setitik minyak cengkih. Gunakannya untuk mengurangkan sakit tumbuh gigi.

  1. Merawat loya, muntah dan kembung perut

Campuran serbuk bunga cengkih dengan madu adalah antara cara terbaik untuk meredakan loya, muntah-muntah, kembung perut dan sakit perut.

Masukkan 2-3 butir cengkih ke dalam secawan air mendidih. Biarkan 10 minit (supaya suam) dan campurkan dengan madu, minum untuk meredakan kembung perut dan gas.

Rendam satu sudu teh bunga cengkih kedalam 1 liter air mendidih. Selepas 15 minit minum (tiga kali sehari) untuk merawat mabuk, terutama apabila disebabkan oleh perubahan dalam ketinggian.

cengkeh2

  1. Membersihkan jerawat

Sapukan air rebusan cengkeh pada kawasan yang ditumbuhi jerawat atau parut jerawat. Kandungan Eugenol pada cengkeh berfungsi sebagai antiseptik dan pelembab kulit semulajadi dapat membantu mencegah jerawat dan memudarkan parut jerawat.

  1. Antiseptik semulajadi

Campurkan air rebusan cengkeh (20-30 butir) kedalam air mandian dengan nisbah 1:4.  Siram badan, gosok dan bilas hingga bersih. Cengkih mengandungi Eugenol sebagai antiseptik semulajadi yang bertindak sebagai bahan pembasmi kuman. Herba ini mempunyai flavonoid, kaempferol dan rhamnetin yang berfungsi sebagai anti -radang dan antibiotik. Ianya juga dapat mengurangkan tahap gula dalam darah.

cengkeh8

  1. Anti-fungal

Minyak cengkih berkesan dalam meredakan jangkitan fungal dan kurap. Jika diambil secara dalaman, ia membantu merawati cirit-birit. Selain itu herba ini membantu melawan jangkitan, ia dapat menyembuhkan kolera, batuk kering, cacing usus, malaria, dan juga meredakan demam. Teh bunga cengkeh ini juga membantu mengurangkan jangkitan fungal faraj.

  1. Meredakan sakit kepala

Campurkan kristal garam, serbuk bunga cengkih dan sedikit air jadi seperti pes. Sapukan pada dahi bagi melegakan sakit kepala.

cengkeh3

  1. Merawat kekejangan otot dan arthritis

Sapukan minyak cengkih di kawasan yang terlibat bagi meredakan kekejangan otot dan arthritis.

  1. Pewangi almari pakaian

Letakkan beberapa biji cengkih dalam almari pakaian. Aroma cengkeh dapat menyingkirkan bau kurang enak pada pakaian dan membuat pakaian tetap wangi dan segar. Gantikan setiap bulan agar aroma segar terus terpelihara.

  1. Hitamkan kening

Bakar 5-7 butir  biji bunga cengkih hingga garing kehitaman. Kisar hingga halus. Campurkan serbuk cengkih dengan minyak hazelnut. Sapu pada kening setiap petang.

Selamat mencuba, Semoga bermanfaat!

Sebarkan bahagia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *