BEKAM KLINIKAL

Apa itu Bekam Klinikal?

Bekam Klinikal adalah kaedah bekam mengikut prosedur lengkap (S.O.P) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti rawatan yang dijalankan di hospital. Juru bekam klinikal adalah jurubekam yang telah menjalani latihan yang dianjurkan oleh unit Hospital USM (HUSM) dengan kerjasama Neo-BeQam.

konvo 7

Bekam perlu dilakukan dalam bilik khas yang bersih dan bebas dari jangkitan kuman. Bekam tidak sesuai dijalankan ditepi jalan, dibawah pokok dan ditempat terbuka bagi memastikan rawatan dibuat dalam keadaan yang bersih dan tiada risiko jangkitan.

Juru bekam klinikal menggunakan peralatan dan bahan rawatan yang mengikut standard yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan. Cara mengendali peralatan dan sisa rawatan juga mengikut SOP hospital.  Jurubekam wajib menjalankan rawatan mengikut SOP yang ditetapkan supaya dapat meminimakan risiko jangkitan kuman. Langkah ini bertujuan melindungi kedua belah pihak, iaitu pesakit dan juga jurubekam.

bilik bekam

 

Galakan berbekam bukan hanya dari Rasulullah S.A.W, malah para malaikat pun menggalakkan Rasullullah S.A.W berbekam.

[Pada malam aku diisra’kan, aku melalui sekumpulan malaikat dan mereka berkata kepada aku; “wahai Muhammad hendaklah engkau berbekam”.] – diriwayat oleh Ibnu Abbas.

 

Kelebihan Berbekam.

Berbekam dapat mengawal pelbagai penyakit kronik seperti diabetes dengan menurunkan paras gula dalam darah (FBS), menurunkan paras serum urea, kreatinin, mengawal ‘gout’ dengan menurunkan asid urid, mengawal lemak dalam darah dengan menurunkan paras serum trigliserida, serum total cholesterol, LDL-Cholesterol, dan meningkatkan paras Serum HDL-Cholesterol.

 

Berbekam juga dapat mengawal tekanan darah dengan menurunkan tekanan darah sistolik (SBP) dan boleh menurunkan risiko sakit jantung serta “stroke” dengan menurunkan paras antigen Von Willebrand (VWF) dan meningkatkan fungsi endotelial.

 

Bagi warga Shah Alam dan sekitarnya, dapatkan Perkhidmatan Bekam Klinikal di…  De’Sisters Beauty Saloon

 

pakej lengkap2a

 

atau… Perkhidmatan secara mobile hubungi Hana Medicare

 

hanamedicare7a

 

 

Bagi pesakit yang mempunyai kekangan untuk kepusat rawatan bolehlah menggunakan khidmat Jurubekam mobile yang akan datang kerumah anda.  Bagi yang tinggal di Port Dickson dan kawasan sekitarnya boleh hubungi Juru Bekam Klinikal, Fadzli dan Azilah [019-3192818]

 

bekam mobile