DURIAN BELANDA

Durian Belanda juga dikenali sebagai ‘Graviola’ atau ‘Annona muricata’ adalah buah yang bersaiz besar dan berduri lembut. Durian belanda adalah buah-buahan tropika, isinya berwana putih dan mempunyai biji berwarna hitam. Isi yang lembut dan manis sering dijadikan minuman, ais krim dan juga pemanis dalam makanan.durian belanda

Pokok durian belanda merupakan tumbuhan asal dari Benua Amerika dan Amerika Selatan. Nama “belanda” diberi sebab ia dibawa masuk ke Asia Tenggara oleh pemerintah kolonial Hindia-Belanda pada abad ke-19. Buah ini juga dikenali dengan nama durian selat atau durian sayur (Kelantan), durian Eropah (Langkawi) dan sirsak (Indonesia).

Durian belanda mengandungi karbohidrat sebagai nutrien utamanya, juga kaya dengan nutrisi yang lain seperti vitamin C yang tinggi, vitamin B1 dan B2 seperti thiamin , riboflavin dan niasin, kalsium, fosforus, fruktosa, amyloid, asid sitrik, manganese, sukrosa, reticuline dan sedikit zat besi. Sebatian semula jadinya yang berciri perubatan menjadikan buah ini memberi manfaat kepada kesihatan anda.

jus durian belanda

Daun pokok durian belanda digunakan untuk melegakan masalah perut, demam, masalah pernafasan seperti batuk dan asma, dan pelbagai masalah perubatan yang lain. Daun pokoknya juga boleh dijadikan serbuk teh dan diminum sebagai rawatan sakit kerongkong. Akar, kulit dan daunnya dapat meredakan masalah diabetis. Kulit pokok ini juga dipercayai membantu mengubati penyakit jantung, dan batuk.

Jus durian belanda diminum bagi meredakan demam, membunuh cacing (masalah kecacingan bagi kanan-kanak) dan rawatan cirit-birit. Minyak yang terhasil daripada daun atau buahnya yang masih muda dan dicampur dengan minyak zaitun digunakan untuk mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal badan.

durian-belanda

Durian Belanda mengandungi beberapa bahan-bahan semula jadi termasuk sebatian lemak yang dikenali sebagai ‘acetogenins’ durian belanda jusatau‘annonacin’, juga kandungan bahan lain seperti quinolones , annopentocins dan dua alkaloid, coreximine dan reticuline . Sebatian lemak ‘acetogenins’ durian belanda dikaji khusus untuk mengenalpasti potensinya mencegah atau melambatkan pertumbuhan kanser. Pusat Kanser juga mengatakan bahawa beberapa sebatian dalam durian belanda secara semula jadi adalah antivirus, aktibakteria, antikanser dan antitumor.

Menurut kajian tahun 1997 dalam “Jurnal Perubatan Kimia,” buah ajaib in telah diuji pada sel-sel kanser payudara dan hasilnya 250 kali lebih berkesan dalam membunuh sel-sel berbanding dengan rawatan kemoterapi. Durian belanda mampu melindungi serangan sel kanser secara efektif dan semulajadi tanpa kesan sampingan rasa mual, berat badan turun, rambut gugur seperti yang terjadi pada rawatan kemoterapi. Durian belanda meningkatkan sistem kekebalan (imun) tubuh dan mencegah dari risiko jangkitan. Pesakit menjadi lebih kuat dan lebih sihat selama proses penyembuhan kerana durian belanda boleh memberi tenaga.

Rawatan kanser lebih berkesan dengan pengambilan durian belanda kerana sebatiannya memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza seperti kanser Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas. Tidak seperti kemoterapi, ekstrak buah ini hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat, ianya tidak membahayakan kerana tidak turut membunuh sel-sel yang sihat semasa proses penyembuhan. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat bagi melambatkan pertumbuhan sel kanser jika dibandingkan dengan rawatan Adriamycin dan kemoterapi.

Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, antivirus, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan memulihkan sistem saraf yang kurang baik dan dapat menyekat keradangan. Khasiat durian belanda juga membantu menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

durian belanda3

Tips:

Sebiji durian belanda mengandungi kira-kira 15 miligram annonacin, komponen yang paling dikaji, dan satu tin yang disediakan secara komersial durian belanda madu memberikan 36 miligram annonacin. Maka, elakkan makan durian belanda yang melebihi had kerana kuantiti besar sebatian alkaloid boleh menyebabkan gejala neurologi seperti penyakit Parkinson. Biji buah durian belanda pula adalah beracun dan dapat digunakan sebagai insektisida semulajadi untuk pokok sayuran.