PROSES BEKAM

PROSES LENGKAP BEKAM

 

Langkah 1

Minta pelanggan baring meniarap. Kenal pasti titik bekam dibadan pesakit dan sapukan cecair pembersih kulit seperti iodin dibahagian titik bekam.

 

Untitled8

 

Langkah 2

Letakkan cawan bekam dititik bekam tersebut. Guna alat peyedut bekam untuk menyedut udara agar cawan melekat kebadan.

Untitled2

Langkah 3

Biarkan 5 minit dan tarik keatas bahagian hujung cawan bagi melepaskan tekanan. Gunakan 2 jari untuk menekan badan ditepi cawan agar cawan dapat dibuka dengan lebih lembut dan tidak mencederakan pesakit.

jurubekam3

 

 

Langkah 4

Sapukan ‘alcohol swap’ dipoint bekam tadi bagi membersihkan kulit. Buat 15-30 tusukan ke bahagian titik bekam dengan menggunakan pen ‘lancet’.

 

Untitled5

 

Langkah 5

Letakkan cawan menutupi kawasan tusukan tadi dan guna pam tangan untuk menyedut udara dibawah cawan. Lakukan proses ini serentak keatas titik bekam yang lain (biasanya antara 7-11 titik bekam).

 

 

Langkah 6

Biarkan cawan melekat atas permukaan kulit selama 5 minit untuk mengumpul darah. Tanggalkan cawan dan bersihkan darah di titik bekam menggunakan gauze. 

Untitled3

Langkah 7

Ulang proses 1-6 antara 1 hingga 3 kali sehingga darah tidak lagi keluar dari titik bekam. Kemudian, semburkan ‘aloe first’ bagi meredakan kesan di titik bekam. Akhir sekali sapukan ‘Aloe Vera Gelly‘ untuk merawat luka tusukan jarum dengan lebih cepat.

 

Untitled7a

 

 

Langkah 8

Setelah proses bekam selesai, nasihat pelanggan supaya tidak melakukan aktiviti lasak termasuk hubungan seks dalam tempoh 6 jam setelah berbekam.

Digalakkan melakukan rawatan bekam selapas 1minggu sehingga 4 bulan, bergantung pada tahap kesihatan pesakit. Biasanya untuk orang yang sihat digalakkan berbekam sebulan sekali ataupun sekurang-kurangnya setiap 4 bulan untuk keluarkan toksid dan sel mati dibadan. Bagi pesakit kronik lakukan ikut keperluan mereka seminggu sekali ataupun setiap bulan.

 

 

BEKAM WAJAH

BEKAM WAJAH

 

bekam seri wajah

 

Membantu wajah kusam kembali berseri, merawat jerawat dan resdung.

 

Banyak faktor yang menyebabkan kulit wajah menjadi kusam. Antaranya disebabkan oleh pencemaran udara dan air, keletihan atau tekanan hidup.  Ini menjadikan seseorang akan hilang keyakinan diri, termasuk juga potensi di pandang negatif oleh insan sekeliling.  Rawatan bekam wajah dapat mengatasi masalah kuit seper ini. Ianya semakin dikenali dan menjadi pilihan masyarakat masa kini kerana keberkesanannya yang terbukti memuaskan hati pengguna.

 

Rawatan bekam wajah telah banyak membantu mereka yang menghadapi masalah kulit, seperti jerawat, resdung dan kulit kusam.  Secara tak langsung rawatan ini menaikkan seri wajah kerana menghasilkan kulit yang bersih dan berseri, unsur-unsur gaguan juga turut keluar dari tubuh melalui pengeluaran darah kotor.  Bakal pengantin digalakkan mendapat rawatan bekam wajah agar kulit bersih berseri.

 

Rawatan bekam wajah ini sesuai dilakukan keatas semua peringkat umur termasuk kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas.  Sebelum rawatan, pelanggan diarah berpuasa satu hingga dua jam sebelum rawatan dilakukan.  Selepas makan darah akan lebih banyak bertumpu dibahagian usus untuk membantu proses pencernaan.  Ini  akan mengurangkan  pengeluaran darah kotor sekiranya berbekam selepas makan.

 

Tabiat makan berlebihan, pilihan makanan yang tidak sihat seperti makanan berminyak, makanan ringan, makanan yang dicampurkan bahan pengawet  menyebabkan risiko pengumpulan toksin yang mengakibatkan kulit berminyak, berjerawat dan resdung. 

 

ke_02

 

Pelanggan digalakkan menjalani rawatan bekam pada hari cuti hujung minggu atau cuti panjang.  Ini disebabkan kesan bekam di bahagian muka mengambil masa untuk pulih. Kesannya berbeza-beza bagi setiap individu. Ianya mengikut faktor usia dan juga tahap kesihatan individu. Biasanya mengambil masa 2 hingga 5 hari. Namun ada juga yang mencapai sehingga tujuh hari atau lebih. Pelanggan akan diberi khidmat rundingan  dan nasihat agar tidak mengambil makan yang mengandungi minyak, santan, makanan laut, ayam, daging serta minuman berkafein untuk mendapat hasil rawatan yang optimum dan lebih berkesan.

 

Rawatan bekam wajah ini menggunakan kaedah bekam darah.  Bahagian muka yang bermasalah akan dibekam dengan menggunakan alatan bekam yang mempunyai pelbagai saiz mengikut kesesuaian muka pelanggan.  Proses rawatan bekam hanya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit bagi setiap proses. 

 

 

Langkah rawatan bekam kecantikan wajah.

  1. Sapukan Antiseptic Solution untuk membunuh hama di titik point yang hendak dibekam.
  2. Buat bekam angin dengan cara pam cup yang telah disteril ke bahagian muka yang telah disapu antiseptic tadi, dan biarkan 10 minit.
  3. Buka cup dan sapukan Alcohol Swab pada tempat yang telah dibekam untuk pembersihan sekali lagi.
  4. Sapukan Swedish Massage Oil di point bekam tadi untuk melancarkan peredaran darah dan melindungi kulit dari kecederaan.
  5. Cucuk bahagian point bekam tadi menggunakan pen bekam yang menggunakan jarum pakai buang.
  6. Cup akan di pam sekali lagi 10-15 minit bagi merangsang darah kotor keluar ke permukaan kulit muka.
  7. Cup akan dibuka. Darah akan dilapkan dibahagian point bekam dan juga pada cup.
  8. Kemudian, cup akan dipamkan semula untuk mengeluarkan darah kotor kali kedua bagi memastikan pengeluaran darah kotor yang maksimum. Proses pengeluaran darah kotor mengambil masa antara  5 hingga 10 minit.  Darah kotor yang keluar biasanya berwarna hitam, berlendir, bertali atau berbuih, ianya mengikut jenis penyakit yang dihidapi.
  9. Buka Cup dan lap darah dibahagian point bekam  dan juga pada cup.
  10. Semburkan Aloe First untuk membersih dan meredakan kulit di bahagian yang dibekam.
  11. Sapukan Aloe Vera Gelly dibahagian yang telah dibekam sebagai rawatan tambahan bagi mempercepatkan pemulihan luka dari tusukan jarum tadi.
  12. Pelanggan dinasihatkan makan, mandi dan tidur selepas satu jam berbekam. Ini untuk merehatkan sistem darah di bahagian badan dan mengelakkan kulit muka yang telah ditusuk dengan jarum tadi pulih seketika dan mengelakkan rasa pedih sekiranya terkena sabun yang mengandungi bahan kimia, dll.
  13. Bersihkan cup dan alatan lain dengan air paip dan rendam kedalam “Anniosyme DD1′ iaitu bahan untuk mematikan segala kuman selama 15-20 minit. Bilas dengan air paip dan keringkan sebelum disimpan.

 

point bekam2

 

 

Selamat Mencuba.

Dalam Bekam adalah Sunnah,

Dalam Sunnah ada Penyembuhan.