PROSES BEKAM

PROSES LENGKAP BEKAM

 

Langkah 1

Minta pelanggan baring meniarap. Kenal pasti titik bekam dibadan pesakit dan sapukan cecair pembersih kulit seperti iodin dibahagian titik bekam.

 

Untitled8

 

Langkah 2

Letakkan cawan bekam dititik bekam tersebut. Guna alat peyedut bekam untuk menyedut udara agar cawan melekat kebadan.

Untitled2

Langkah 3

Biarkan 5 minit dan tarik keatas bahagian hujung cawan bagi melepaskan tekanan. Gunakan 2 jari untuk menekan badan ditepi cawan agar cawan dapat dibuka dengan lebih lembut dan tidak mencederakan pesakit.

jurubekam3

 

 

Langkah 4

Sapukan ‘alcohol swap’ dipoint bekam tadi bagi membersihkan kulit. Buat 15-30 tusukan ke bahagian titik bekam dengan menggunakan pen ‘lancet’.

 

Untitled5

 

Langkah 5

Letakkan cawan menutupi kawasan tusukan tadi dan guna pam tangan untuk menyedut udara dibawah cawan. Lakukan proses ini serentak keatas titik bekam yang lain (biasanya antara 7-11 titik bekam).

 

 

Langkah 6

Biarkan cawan melekat atas permukaan kulit selama 5 minit untuk mengumpul darah. Tanggalkan cawan dan bersihkan darah di titik bekam menggunakan gauze. 

Untitled3

Langkah 7

Ulang proses 1-6 antara 1 hingga 3 kali sehingga darah tidak lagi keluar dari titik bekam. Kemudian, semburkan ‘aloe first’ bagi meredakan kesan di titik bekam. Akhir sekali sapukan ‘Aloe Vera Gelly‘ untuk merawat luka tusukan jarum dengan lebih cepat.

 

Untitled7a

 

 

Langkah 8

Setelah proses bekam selesai, nasihat pelanggan supaya tidak melakukan aktiviti lasak termasuk hubungan seks dalam tempoh 6 jam setelah berbekam.

Digalakkan melakukan rawatan bekam selapas 1minggu sehingga 4 bulan, bergantung pada tahap kesihatan pesakit. Biasanya untuk orang yang sihat digalakkan berbekam sebulan sekali ataupun sekurang-kurangnya setiap 4 bulan untuk keluarkan toksid dan sel mati dibadan. Bagi pesakit kronik lakukan ikut keperluan mereka seminggu sekali ataupun setiap bulan.

 

 

PROSEDUR BEKAM

PROSEDUR LENGKAP BEKAM (SOP)

 

Pastikan bekam dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan juga dilaksana dalam bilik khas yang bersih dan bebas dari risiko jangkitan kuman.

 

PERSEDIAAN SEBELUM BEKAM

  1. Maklumkan pesakit agar mandi 1 jam sebelum berbekam
  2. Banyakkan istighfar, zikir dan salawat. 
  3. Sebaiknya buat pada tarikh yang digalakkan berbekam pada 17, 19, 21  bulan hijrah, kecuali kes yang perlukan rawatan segera, maka harus dilakukan tanpa lengah.

 

SEMASA DI PUSAT RAWATAN

Rekod semua maklumat berikut untuk rujukan rawatan seterusnya. 

  1. Isi borang pendaftaran
  2. Isi borang keizinan rawatan
  3. Tanya sejarah penyakit, ubat yang mereka ambil
  4. Ukur tinggi, berat, BMI
  5. Ukur tekanan darah pesakit
  6. Ukur paras gula (RBS)
  7. Buat pemeriksaan fizikal ringkas (pucat, kecacatan fizikal, dll)

 

 

IMG-20160421-WA0052Alat ujian tekanan darah

images

Alat ukur paras gula (RBS)

 

PERSEDIAAN JURUBEKAM

  1. Cuci tangan dengan sabun atau disinfektan
  2. Pakai sarung tangan (glove)
  3. Pakai penutup hidung (mask)
  4. Pakai apron atau white coat
  5. Maklumkan pesakit tentang prosedur yang akan dilakukan.

 

images (1)

Sentiasa pakai mask dan sarung tangan semasa rawatan

medical glove

 

SEMASA BEKAM

  1. Untuk muslim, baca fatihah, istighfar, salawat
  2. Cukur rambut dibahagian tertentu mengikut keperluan
  3. Kenalpasti titik (point) bekam.
  4. Guna kapas atau ‘gauze’ untuk membersihkan badan dari kotoran atau darah.
  5. DILARANG MENGGUNAKAN TISU untuk mengelap bahagian kulit yang telah dibekam.
  6. Guna alas yang sesuai semasa berbekam, Dilarang guna kertas surat khabar untuk alas badan.
  7. Lakukan bekam seperti PROSEDUR LENGKAP BEKAM.  untuk detail prosedur lengkap bekam [klik sini].

IMG-20160323-WA0041

Mesin bekam digunakan sebagai alternatif bagi pesakit yang tidak memilih bercukur rambut dititik bekam.

 

oimg_GC03951323_CA03951328

 

images (3)

 

pen lancet

Sisa klinikal [jarum, gauze, dan lain-lain] perlu dilupus mengikut SOP

 

SELEPAS BEKAM

  1. Masukkan bahan buangan (kapas, gauze, dan lain-lain) kedalam plastik kuning.
  2. Masukkan jarum yang telah diguna kedalam ‘sharpbin’ berwarna kuning untuk dilupuskan dengan “incinerator”
  3. Cuci alat bekam dengan air dan rendam dengan antiseptic seperti DD1, chlorhexidine atau sterilizer.
  4. Cuci tangan dengan sabun atau antiseptic.
  5. Beri pesakit minum air suam dan madu.
  6. Maklumkan pesakit supaya tidak melakukan ativiti lasak dalam tempoh 6 jam.
  7. Tetapkan tarikh temujaji untuk sesi bekam yang berikutnya.

 

clinco_10litre

sharpbin

downloadPlastik kuning ‘Clinical Waste’
ANIOSYME DD1 Antah

Antisepctic DD1

 

Untuk detail prosedur lengkap bekam….. [klik sini].

SOAL JAWAB BEKAM

Soalan-Soalan Lazim Tentang Bekam

1)  Adakah kaedah bekam darah menyakitkan?

Tidak, kaedah bekam darah masa kini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM. Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda. Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian gula penyakit kencing manis.

2)  Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?

Ya selamat, kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang, setiap pelanggan diperuntukkan sebilah lancet (jarum) baru. Semua alatan bekam kami disucihamakan melaui proses STERIL selama 15minit menggunakan UV STERILIZER sebelum proses berbekam dijalankan.

3)  Apakah waktu dan tarikh yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah?

Waktu yang mustajab berbekam ialah 17,19 dan 21hb kalendar islam. Pastikan sebelum datang berbekam hendaklah perut dalam keadaan kosong (berpuasa selama 3 jam). Tidak digalakkan berbekam dalam keadaan kenyang.

Titik Bekam Rasulullah

4)  Individu manakah yang tidak digalakkan berbekam darah?

Individu yang tidak digalakkan berbekam darah ialah wanita haid, wanita mengandung, wanita yang selalu keguguran,  individu yang fizikalnya terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius, dan pengidap penyakit kulit serius.

5)  Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum?

Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit berbanding bekam angin.

6)  Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?

Kaedah bekam darah.

7)  Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah?

Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam sebulan sekali atau sekurang-kurangnya setiap 120hari. Bagi orang yang berpenyakit klinikal, terkena racun atau gangguan jin anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi berturut-turut.

8) Apakah pantang larang selepas berbekam?

Anda dianjurkan untuk berehat atau tidak melakukan kerja berat , tidak makan dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.  Selepas 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan, tidur atau lakukan kerja berat.

titik-bekam

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?

Dianjurkan mandi bagi memastikan badan dalam keadaan bersih serta berpuasa sehari sebelum temujanji bekam ataupun perut dalam keadaan kosong 2 jam sebelum berbekam.

10) Bolehkah berbekam pada hari RABU ?

Boleh, jika pada hari tersebut jatuhnya tarikh mustajab berbekam (17/19/21 kalendar islam) ataupun pada hari tersebut juga anda sedang sakit dan perlukan rawatan bekam dengan kadar segera. Tiada dalil atau nas sahih larangan berbekam pada hari Rabu.

11)  Bagaimana rawatan bekam berfungsi meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan manusia?

1)  Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang mengandungi toksid, uric acid, kolestrol, angin, sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin. Selepas berbekam kita akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pengeluaran toksid dari badan.

titik-bekam-di-kepala

2)  Akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel. Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh atau sel akibat kerosakan dan kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali. Berbekam pada titik jantung membolehkan hormon tersebut banyak dirembeskan pada kawasan jantung, maka jika ada apa2 berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang, sistem badan akan pantas secara auto memperbaiki dan menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.

3)   Dengan berbekam, secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.

titik bekam2

12)  Bagaimana darah menjadi kotor dan menjadi limpahan beracun?

Racun masuk kedalam badan dan mengotori darah serta terkumpul dibawah kulit;

i) melalui makanan seperti pestisida (racun makhluk perosak), intektisida (racun serangga), fungisida (racun kulat), zat pewarna, penyedap makanan, hormon dan logam berat.

ii) melalui minuman seperti zat warna, zat aroma-essence, logam berat, bahan kimia, dan lain-lain.

iii) melalui pernafasan oleh asap kenderaan, asap kilang, asap rokok dan sebagainya.

iv) melalui ubat-ubatan iaitu antibiotic, analgesik, anti pyrertic (ubat demam) dan sebagainya.

13) Adakah berbekam dengan alat moden tidak sesuai dengan sunnah?

Prinsip asas bekam untuk mengeluarkan darah kotor dari badan. Maka menggunakan lancet (jarum) adalah sama sahaja.

Makmurkan insan lain, Sebarkan kebaikan, Sebarkan Bahagia