ASPIRASI ZARRAZ

Kisah Aspirasi Zarraz Paramedical.

 

Testimoni 1 : Muhd Aizat Bin Md Asri (Pelajar Kolej)

Ini adalah kisah sebenar yang dialami oleh Aizat. Beliau mengalami masalah jerawat di usia remaja. Masalah ini memberi gangguan emosi dan tumpuan pelajaran. Aizat merupakan antara peserta program Aspirasi Zarraz Paramedical 2016 yang terpilih. Mereka diberi rawatan pemulihan selama 3 bulan di pusat rawatan dan kecantikan (Spa Zarraz Paramedical). Dengan bantuan Datin Ima Zara selaku mentor untuk program khas ini. Team Zarraz Paramedical memantau dan mebantu memulihkan masalah kulit Aizat yang dahulu berjerawat. Beliau menjalani 12 kali sesi rawatan . Alhamdulilah, hasilnya terbukti sangat mengujakan. Kulit Aizat kembali sembuh sepenuhnya melalui rawatan & produk kecantikan Zarraz Paramedical.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya .Jom kita saksikan kisah Aizat.

 

 

Testimoni 2 : Puan Liza Bt Manap (Ahli perniagaan)

Perkongsian pengalaman ini dialami oleh puan Liza. Beliau mempunyai masalah jeragat hampir 10 tahun. Beliau berusaha mengatasi masalah ini. Beliau telah menggunakan bermacam- macam produk. Berhabis sehingga ribuan ringgit demi untuk memulihkan jeragat di muka. Namun, malangnya penggunaan produk tersebut tidak bersesuaian dengan kulit beliau. Kulit muka beliau tidak pulih. Malah menyebabkan pelbagai masalah lain timbul. Keadaan ini juga menyebabkan puan Liza kurang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Terutamanya dikalangan kawan- kawan rapat beliau sendiri. Beliau mengalami gangguan emosi yang sangat stres. Alhamdulilah, Allah telah mempermudahkan puan Liza apabila terpilih dalam program Aspirasi Zarraz Paramedical 2016. Mereka mendapat rawatan pemulihan selama 3 bulan di pusat rawatan dan kecantikan (Spa Zarraz Paramedical). Dengan bantuan Datin Ima Zara selaku mentor untuk program ini. Team Zarraz Paramedical memantau dan membantu memulihkan masalah kulit puan Liza yang dahulunya berjeragat teruk. Beliau menjalani 12 sesi kali sesi rawatan . Alhamdulilah, hasilnya terbukti berjaya. Kini kulit jeragat puan Liza kembali sembuh sepenuhnya melalui rawatan & produk kecantikan Zarraz Paramedical.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya .Jom kita saksikan kisah puan Liza.

 

 

MANFAAT CENGKEH

MANFAAT CENGKEH

Cengkeh dengan nama saintifik “Syzygium aromaticum” merupakan tanaman yang mempunyai pelbagai manfaat. Cengkeh membantu melegakan rasa loya, muntah-muntah, sakit perut, kekejangan otot, sakit gigi dan beberapa penyakit lain serta menggalakkan kesihatan penghadaman. Jesteru itu, cengkeh antara bahan yang dicampur dalam pembuatan tembakau, sebagai rempah masakan, kek, biskut, minuman, ubat gigi, sabun, shampoo dan pelbagai lagi.  Ini kerana cengkeh mengandungi Eugenol, yang digunakan sebagai antiseptic tambahan pada bahan-bahan kecantikan dan ubat-ubatan.

cengkeh5

Antara manfaatnya ialah;

  1. Menyegarkan bau nafas

Bau nafas yang kurang enak boleh diatasi dengan cara mengunyah dan menghisap cengkeh. Kandungan Eugenol menjadikan nafas berbau segar disamping dapat merawat bibir pecah-pecah. Cengkeh juga digunakan dalam pembuatan ubat gigi dan ubat kumur, sabun, shampoo dan minyak wangi.

ubat gigi

  1. Mencegah infeksi Pernafasan

Cengkih mencairkan lendir yang terdapat pada kerongkong. Ini dapat membantu menyembuh infeksi pernafasan. Teh yang mengandungi cengkeh dapat membantu menyembuh dan mencegah infeksi saluran pernafasan. Hanya kunyah cengkeh boleh melegakan sakit tekak.

Selain itu, teh cengkih juga sesuai untuk pesakit asma. Pengambilan teh cengkeh dapat menenangkan sistem saraf dan juga meredakan sakit kepala.

cengkeh4

  1. Menyembuhkan sakit gigi

Ambil 5 hingga 10 butir (bahagian bunga) cengkih, sangai (goring tanpa minyak) dan kisar halus, taburkan serbuk cengkih pada gigi yang sakit. Ekstrak eugenol dari cengkih sering digunakan dalam prosedur pergigian seperti tampalan sementara,  terapi akar gigi dan lain-lain. Bagi meredakan sakit gigi yang amat sangat, celupkan kapas dalam minyak cengkih dan letakkan di sekitar gigi yang sakit.

Campurkan satu sudu teh minyak zaitun dengan setitik minyak cengkih. Gunakannya untuk mengurangkan sakit tumbuh gigi.

  1. Merawat loya, muntah dan kembung perut

Campuran serbuk bunga cengkih dengan madu adalah antara cara terbaik untuk meredakan loya, muntah-muntah, kembung perut dan sakit perut.

Masukkan 2-3 butir cengkih ke dalam secawan air mendidih. Biarkan 10 minit (supaya suam) dan campurkan dengan madu, minum untuk meredakan kembung perut dan gas.

Rendam satu sudu teh bunga cengkih kedalam 1 liter air mendidih. Selepas 15 minit minum (tiga kali sehari) untuk merawat mabuk, terutama apabila disebabkan oleh perubahan dalam ketinggian.

cengkeh2

  1. Membersihkan jerawat

Sapukan air rebusan cengkeh pada kawasan yang ditumbuhi jerawat atau parut jerawat. Kandungan Eugenol pada cengkeh berfungsi sebagai antiseptik dan pelembab kulit semulajadi dapat membantu mencegah jerawat dan memudarkan parut jerawat.

  1. Antiseptik semulajadi

Campurkan air rebusan cengkeh (20-30 butir) kedalam air mandian dengan nisbah 1:4.  Siram badan, gosok dan bilas hingga bersih. Cengkih mengandungi Eugenol sebagai antiseptik semulajadi yang bertindak sebagai bahan pembasmi kuman. Herba ini mempunyai flavonoid, kaempferol dan rhamnetin yang berfungsi sebagai anti -radang dan antibiotik. Ianya juga dapat mengurangkan tahap gula dalam darah.

cengkeh8

  1. Anti-fungal

Minyak cengkih berkesan dalam meredakan jangkitan fungal dan kurap. Jika diambil secara dalaman, ia membantu merawati cirit-birit. Selain itu herba ini membantu melawan jangkitan, ia dapat menyembuhkan kolera, batuk kering, cacing usus, malaria, dan juga meredakan demam. Teh bunga cengkeh ini juga membantu mengurangkan jangkitan fungal faraj.

  1. Meredakan sakit kepala

Campurkan kristal garam, serbuk bunga cengkih dan sedikit air jadi seperti pes. Sapukan pada dahi bagi melegakan sakit kepala.

cengkeh3

  1. Merawat kekejangan otot dan arthritis

Sapukan minyak cengkih di kawasan yang terlibat bagi meredakan kekejangan otot dan arthritis.

  1. Pewangi almari pakaian

Letakkan beberapa biji cengkih dalam almari pakaian. Aroma cengkeh dapat menyingkirkan bau kurang enak pada pakaian dan membuat pakaian tetap wangi dan segar. Gantikan setiap bulan agar aroma segar terus terpelihara.

  1. Hitamkan kening

Bakar 5-7 butir  biji bunga cengkih hingga garing kehitaman. Kisar hingga halus. Campurkan serbuk cengkih dengan minyak hazelnut. Sapu pada kening setiap petang.

Selamat mencuba, Semoga bermanfaat!

Sebarkan bahagia

BEKAM WAJAH

BEKAM WAJAH

 

bekam seri wajah

 

Membantu wajah kusam kembali berseri, merawat jerawat dan resdung.

 

Banyak faktor yang menyebabkan kulit wajah menjadi kusam. Antaranya disebabkan oleh pencemaran udara dan air, keletihan atau tekanan hidup.  Ini menjadikan seseorang akan hilang keyakinan diri, termasuk juga potensi di pandang negatif oleh insan sekeliling.  Rawatan bekam wajah dapat mengatasi masalah kuit seper ini. Ianya semakin dikenali dan menjadi pilihan masyarakat masa kini kerana keberkesanannya yang terbukti memuaskan hati pengguna.

 

Rawatan bekam wajah telah banyak membantu mereka yang menghadapi masalah kulit, seperti jerawat, resdung dan kulit kusam.  Secara tak langsung rawatan ini menaikkan seri wajah kerana menghasilkan kulit yang bersih dan berseri, unsur-unsur gaguan juga turut keluar dari tubuh melalui pengeluaran darah kotor.  Bakal pengantin digalakkan mendapat rawatan bekam wajah agar kulit bersih berseri.

 

Rawatan bekam wajah ini sesuai dilakukan keatas semua peringkat umur termasuk kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas.  Sebelum rawatan, pelanggan diarah berpuasa satu hingga dua jam sebelum rawatan dilakukan.  Selepas makan darah akan lebih banyak bertumpu dibahagian usus untuk membantu proses pencernaan.  Ini  akan mengurangkan  pengeluaran darah kotor sekiranya berbekam selepas makan.

 

Tabiat makan berlebihan, pilihan makanan yang tidak sihat seperti makanan berminyak, makanan ringan, makanan yang dicampurkan bahan pengawet  menyebabkan risiko pengumpulan toksin yang mengakibatkan kulit berminyak, berjerawat dan resdung. 

 

ke_02

 

Pelanggan digalakkan menjalani rawatan bekam pada hari cuti hujung minggu atau cuti panjang.  Ini disebabkan kesan bekam di bahagian muka mengambil masa untuk pulih. Kesannya berbeza-beza bagi setiap individu. Ianya mengikut faktor usia dan juga tahap kesihatan individu. Biasanya mengambil masa 2 hingga 5 hari. Namun ada juga yang mencapai sehingga tujuh hari atau lebih. Pelanggan akan diberi khidmat rundingan  dan nasihat agar tidak mengambil makan yang mengandungi minyak, santan, makanan laut, ayam, daging serta minuman berkafein untuk mendapat hasil rawatan yang optimum dan lebih berkesan.

 

Rawatan bekam wajah ini menggunakan kaedah bekam darah.  Bahagian muka yang bermasalah akan dibekam dengan menggunakan alatan bekam yang mempunyai pelbagai saiz mengikut kesesuaian muka pelanggan.  Proses rawatan bekam hanya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit bagi setiap proses. 

 

 

Langkah rawatan bekam kecantikan wajah.

  1. Sapukan Antiseptic Solution untuk membunuh hama di titik point yang hendak dibekam.
  2. Buat bekam angin dengan cara pam cup yang telah disteril ke bahagian muka yang telah disapu antiseptic tadi, dan biarkan 10 minit.
  3. Buka cup dan sapukan Alcohol Swab pada tempat yang telah dibekam untuk pembersihan sekali lagi.
  4. Sapukan Swedish Massage Oil di point bekam tadi untuk melancarkan peredaran darah dan melindungi kulit dari kecederaan.
  5. Cucuk bahagian point bekam tadi menggunakan pen bekam yang menggunakan jarum pakai buang.
  6. Cup akan di pam sekali lagi 10-15 minit bagi merangsang darah kotor keluar ke permukaan kulit muka.
  7. Cup akan dibuka. Darah akan dilapkan dibahagian point bekam dan juga pada cup.
  8. Kemudian, cup akan dipamkan semula untuk mengeluarkan darah kotor kali kedua bagi memastikan pengeluaran darah kotor yang maksimum. Proses pengeluaran darah kotor mengambil masa antara  5 hingga 10 minit.  Darah kotor yang keluar biasanya berwarna hitam, berlendir, bertali atau berbuih, ianya mengikut jenis penyakit yang dihidapi.
  9. Buka Cup dan lap darah dibahagian point bekam  dan juga pada cup.
  10. Semburkan Aloe First untuk membersih dan meredakan kulit di bahagian yang dibekam.
  11. Sapukan Aloe Vera Gelly dibahagian yang telah dibekam sebagai rawatan tambahan bagi mempercepatkan pemulihan luka dari tusukan jarum tadi.
  12. Pelanggan dinasihatkan makan, mandi dan tidur selepas satu jam berbekam. Ini untuk merehatkan sistem darah di bahagian badan dan mengelakkan kulit muka yang telah ditusuk dengan jarum tadi pulih seketika dan mengelakkan rasa pedih sekiranya terkena sabun yang mengandungi bahan kimia, dll.
  13. Bersihkan cup dan alatan lain dengan air paip dan rendam kedalam “Anniosyme DD1′ iaitu bahan untuk mematikan segala kuman selama 15-20 minit. Bilas dengan air paip dan keringkan sebelum disimpan.

 

point bekam2

 

 

Selamat Mencuba.

Dalam Bekam adalah Sunnah,

Dalam Sunnah ada Penyembuhan.

JERAWAT

JERAWAT

Jerawat susah nak sembuh

 

Jerawat adalah musuh utama kulit generasi muda masa kini. Masalah ini bukanlah mengancam nyawa, ia adalah penyakit kulit yang tinggi bilangan penderitanya. Ianya menyakitkan, terutama apabila membengkak dan bernanah. Hal ini terjadi bukan kerana kulit luaran kotor semata, malah faktor utamanya adalah dari dalam tubuh. Keadaan kulit tidak normal akibat gangguan produksi kelenjar minyak (sebaceus gland) yang berlebihan menyebabkan saluran folikel rambut dan pori-pori kulit tersumbat.

 

 

Mengapa Terjadinya Jerawat?

Berlaku disebabkan oleh hormon androgen menghasilkan kelenjar minyak berlebihan. Kelenjar minyak yang berlebihan bercampur dengan sel kulit mati, debu dan kotoran. Campuran itu menyumbat liang yang berbentuk bintik hitam atau putih. JIka keadaan kulit begini dibiarkan, ia boleh menyebabkan terhasilnya jerawat. Jerawat timbul di mana-mana sahaja pada badan, iaitu di muka, belakang, leher, dada, bahu dan lain-lain.

Masalah ini juga pencetus tekanan emosi kepada mangsa. Biasanya mangsa mengalami kurang keyakinan diri dan rasa tidak selesa. Dapatkan rawatan segera membantu mencegah pertumbuhan jerawat dengan lebih banyak dan juga dapat mencegah parut kekal.

 

 

Apakah Faktor-faktor Risiko Jerawat?

Ramai yang mebuat andaian makan makanan berminyak adalah penyumbang kepada jerawat. Tiada bukti saintifik keatas andaian ini, namun ada faktor-faktor penyebab:
• diet yang tinggi kandungan gula atau karbohidrat yang diproses, seperti roti dan kerepek
• perubahan hormon yang disebabkan oleh baligh atau wanita hamil
• ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan atau kortikosteroid. Pengambilan ubat kortikosteroid, sama ada oral (ubat minum), topical (ubat sapu), mengakibatkan daya tahan tubuh menurun, Menyebabkan potensi timbulnya jerawat kerana pertumbuhan bakteria patogen meningkat.
• faktor genetik, ibu bapa yang mempunyai jerawat
• sel-sel kulit mati dan bakteria terkumpul dalam liang-liang

 

Remaja adalah paling mudah ditumbuhi jerawat apabila mencapai usia akil baligh. Pada masa ini, badan mengalami perubahan hormon yang drastik. Perubahan ini menyebabkan pengeluaran minyak yang aktif, yang menyebabkan risiko masalah kulit ini. Namun, masalah ini biasanya reda apabila mereka dewasa.

 

 

Bolehkah Jerawat dicegah?

Bukannya mudah mencegah jerawat. Namun, ikut langkah berikut, ia juga membantu :
•  cuci muka dua kali sehari. Guna sabun lembut untuk menghapuskan minyak berlebihan dan kotoran
•  elak guna bahan solek yang mengandungi minyak, gunakan bahan solek berasaskan air atau yang dilabel ” noncomedogenic ” (tidak menyumbat liang)
•  bersihkan kulit dan tanggalkan solekan dengan sempurna sebelum tidur
•  makan makanan yang sihat, kurangkan pengambilan gula
•  kurangkan tekanan (stress). Stress bukan faktor secara langsung penyebab jerawat. Namun, dalam keadaan stress hormon tertentu keluar menyebabkan tumbuh jerawat. Stress juga penyebab individu tersebut cenderung makan banyak dan menukar diet makan makanan manis dan berlemak
•  elahkan memicit jerawat yang menyebabkan bakteria merebak.

 

 

Bagaimana Jerawat Diatasi?

Doktor atau Pakar Perundingan Kecantikan mendiagnos pesakit dengan memeriksa kulit mangsa jerawat. Doktor atau Pakar Kecantikan akan mengenal pasti jenis-jenis jerawat dan tahap luka untuk menentukan rawatan yang paling sesuai dan terbaik.

 

Tips: Gunakan Set Rawatan Jerawat ZarrazParamedical.

 

AIR LEMON PANAS

jus lemon

Mulakan hari anda dengan segelas air lemon panas. Lemon berfungsi sebagai ‘minuman pagi’ yang sempurna kerana ia adalah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Lemon berperanan sebagai pembersih dan penyembuh yang memberi kesan positif jangka panjang kepada kesihatan tubuh badan anda.

Lemon2Manfaat lemon

  • membantu sistem pencernaan dan memastikan fungsi usus berjalan lancar yang menyebabkan proses menghapus bahan buangan dari badan lebih mudah. Ini dapat mencegah masalah sembelit dan cirit-birit
  • Jus lemon mengandungi 5% asid sitrat yang berfungsi melawan infeksi dan juga dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dengan cepat
  • Lemon adalah jus antiseptic. Amalan minum jus lemon panas di awal pagi membantu mengeluarkan toksin dalam badan.
  • Ianya kaya dengan vitamin C iaitu nutrisi penting bagi meningkatkan sistem imun badan, dapat melindungi anda dari cengkaman bahaya jangkitan.
  • Memiliki sifat terapeutik, yang membantu menyembuhkan luka lebih cepat kerana kandungan vitamin C dapat merangsang produksi kolagen, iaitu syarat utama penyembuhan luka atau cedera, juga membantu menyembuhkan selsema
  • Ia juga berfungsi menyerap zat besi, yang meningkatkan kepadatan tulang, terutama pada wanita dan kanak-kanak.
  • Dapat mengatasi masalah mulut kering kerana ia merangsang aliran air liur secara efektif.
  • Boleh digunakan untuk meredakan rasa mual.
  • Amalan minum air lemon suam membantu mempercepatkan pengurangan berat badan.
  • Mengandungi kalium yang tinggi berfungsi sebagai pembersih darah yang memberi manfaat kepada individu bermasalah jantung.
  • Kadar vitamin C dalam lemon dapat memperkuat dinding pembuluh darah yang membantu mencegah aterosklerosis.
  • Dapat mengimbangi dan mengekalkan tahap pH dalam badan.
  • Membantu penghadaman dan menggalakkan pengeluaran hempedu.
  • Sebagai sumber asid sitrik, kalium, kalsium, fosforus, magnesium dan vitamin A yang diperlukan oleh tubuh badan. Kalium membantu memperbaiki sel otak dan saraf.
  • Membantu menghalang pembiakan bakteria patogenik yang menyebabkan jangkitan dan juga penyakit.
  • Meredakan keradangan pada sendi dan lutut kerana ia larut asid urik.
  • Menguatkan hati dengan menyediakan tenaga kepada enzim hati yang terlalu cair.
  • Mengimbangi kalsium dan oksigen dalam hati. Minum segelas jus lemon pekat dapat melegakan pedih ulu hati.
  • Vitamin C berfungsi menghalang pembentukan kedutan pada kulit wajah dan merawat jerawat
  • Serat ‘pectin’ dari lemon berfungsi mengawal kesihatan kolon dan juga berfungsi sebagai anti bakteria yang kuat
  • Membantu menambah garam badan terutama selepas aktiviti senaman berat.

lemon8a

Tips : Kandungan asid dalam lemon boleh merosakkan enamel pada gigi sekiranya minum jus lemon pekat yang terkena terus pada gigi anda. Anda digalakkan minum jus lemon menggunakan straw bagi mengelakkan terkena pada gigi secara terus. Sebaiknya minum lemon yang dicampur air. Bersihkan mulut dengan sempurna selepas minum jus lemon atau minuman lain yang berperisa bagi melindungi gigi anda.

Semoga bermanfaat.

Sharing is Caring.