BELI dan MENANG

PELUANG BELI DAN MENANG

DAPAT REBET TUNAI RM1000

 

promo3a

 

 

ASPIRASI BERSAMA ZARRAZ PARAMEDICAL

 

Peraduan BELI dan MENANG Zarraz Paramedical bermula 1 May 2016  hingga 1 Sept 2016.

 

Beli produk menggunakan username yang sama sebanyak RM2450 (minima) dalam tempoh masa 1 Mei – 1 Sep 2016, anda layak dapat:

1. Tiket  Malam Gemilang Zarraz untuk 2 orang

2. Berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah.

3. Cash rebet RM1000 diberi semasa dinner nanti.

4. Secret talk. Kursus bernilai RM3k

 

 

JANGAN lepaskan peluang ini!

 

Jadikan diri anda antara yang layak mendapat peluang hebat ini.!

 

 

Bagaimana caranya?

 

Cara 1

Belian minima rm2450 sekaligus (dalam 1 invois) bagi satu username samaada agen atau pun ahli baru. Anda layak mendapat hadiah yang ditawarkan.  Bagi ahli baru, anda otomatik menjadi ajen dengan status “Diamond“.

 

Cara 2

Jumlah belian terkumpul minima rm2450 (jumlah invois bagi tempoh 1 May hingga 1 Sep 2016) bagi satu username samaada agen atau pun ahli baru. Anda juga layak mendapat hadiah seperti yang ditawarkan.

 

Dan…

 

Peluang untuk mendapat seramai mungkin rakan niaga (menaja pengedar) dalam jaringan pasukan anda.

Peluang ini datang dalam masa yang tepat, syawal semakin hampir, ramai yang sedang buat persiapan untuk ‘make over wajah’ dan juga jana ‘kewangan’.

 

Pastikan anda ‘grab’ dan manfaatkan sebaik mungkin peluang ini.

Anda masih belum terlambat untuk turut serta kempen ini. Kini masih ada lebih kurang 80 hari sahaja lagi.

Bertindak segera!   Sms/ Whatsapp: Hana Medicare  010-8673696

 

Jom sertai team kami!

mines hall1a

 

mines map1a

 

Doa saya “Selamat Menyertai Team Hana Medicare, Anda Cantik, Berduit, Kaya dan Berjaya”. Aamiin.   

 

Beauty is Responsibility.

 

 

TENTANG ZARRAZ

NAK TAHU TENTANG ZARRAZ ?

APA YANG KAMI DAPAT LAKUKAN UNTUK ANDA IALAH :

Perkhidmatan kami untuk anda yang ingin menggunakan Set Rawatan Zarraz Paramedical :

  1. Pihak kami akan mengenal pasti jenis / masalah kulit terlebih dahulu.
  2. Kemudian, kami akan memberi produk satu set lengkap yang sesuai untuk kulit muka anda.
  3. Hasilnya, anda akan berpuas hati dengan produk yang diguna kerana kesannya efektif terhadap kulit wajah anda kerana anda diberi konsultasi secara percuma/ nasihat cara pengunaan produk yang betul. (Hal ini dapat mengelakkan daripada pembaziran duit dan mcm2 lagi).
  4. Kami tidak menumpukan jualan semata-mata terhadap Set Rawatan Wajah sahaja, tetapi juga khidmat nasihat pemakaian produk dengan cara yang betul dan cara-cara penjagaan wajah supaya mendapat kulit wajah yang bersih, cantik, halus serta terhindar dari segala masalah seperti kulit berminyak, kulit kusam, kulit kering, jerawat, jeragat, BLACKHEAD & WHITEHEAD, rosak akibat penggunaan produk yang mengandungi hydroquinone dan sebagainya..Langkah pembersihan asas boleh dilakukan sendiri secara rutin seperti Membersih, Menyegar, Melembab Serta Melindung.

Untitled

Imej berikut adalah antara contoh Set Rawatan yang boleh kami bagi nasihat produk yang betul dan juga yang lain-lain lagi…

set jerawat

SMS / PM Nama<Lokasi<Zarraz ke~ 010-8673696

Alhamdulillah makin ramai yang mengenali Zarraz Paramedical, setiap hari agent dan stokis sentiasa bertambah, yang awal-awal jadi agent sekarang dah ramai upgrade jadi stokis selepas produk ini mendapat pemintaan tinggi dari customer, stokis dan agent yang datang ke HQ kami melahirkan rasa gembira sebab ramai customer yang order dan puas hati sebab produk zarraz berkesan, selamat dan bebas bahan kimia. Kami rasa terharu dengan perkongsian ini.

Untitled2

 

 

LIP MAGIC

LIP MAGIC (Marine Collagen + Hormon Phystrogene).

download (5)

Kembalikan mahkota & keceriaan bibir anda dengan pemakaian LIP MAGIC ZARRAZ . Gincu yang pertama di Malaysia yang mengabungkan keunikan marine collagen bersama Hormon Phystrogene.

Dengan 11 bahan utama, gincu keluaran Zarraz Paramedical dapat membantu memperbetulkan serta menstabilkan hormon pada tempat sapuan. Bukan sahaja boleh digunakan pada bibir, malahan dijadikan sebagai pemerah pipi serta ‘kawasan’ yang anda ingin ‘pink’ kan! Boleh digunakan untuk kaum wanita dan juga lelaki.

Setiap individu akan merasai & melihat kelainan warna bibir mengikut darah & warna kulit seseorang itu. Kerana itulah ia dipanggil  ‘LIP MAGIC

Anda digalakkan pakai Gincu ajaib ini, sekiranya anda menghadapi masalah seperti berikut ;

  1. Mempunyai bibir gelap dan hitam
  2. Anda allergic kepada bahan kimia (gincu)
  3. Keadaan bibir yang cepat kering, merekah dan luka
  4. Bibir berkedut dan tidak bermaya

 

Lip Magic Fifie2

“Gunakan LIP MAGIC sebelum anda memakai gincu agar bibir anda sentiasa lembap & terpelihara supaya bahan kimia tidak dapat meresap ke dalam kulit”. Kawasan Bibir juga harus di awet muda!!

11 Bahan Utama LIP MAGIC ZARRAZ

1- Virgin Coconut Oil      

2- Helianthus Annus Seed Oil     

3- Jojoba Oil      

4- Olive Oil         

5- Vitamin E       

6- Propolis Extract

7- Phystrogene

8- Marine Collagen         

9- Aloe Vera Extract       

10- Menthol (Peppermint)

12- Strawberry

testimoni lipmagic2a

Pertanyaan / Pesanan SMS / Whatsapp  010.8673696

 hanamedicare7d

PROSES BEKAM

PROSES LENGKAP BEKAM

 

Langkah 1

Minta pelanggan baring meniarap. Kenal pasti titik bekam dibadan pesakit dan sapukan cecair pembersih kulit seperti iodin dibahagian titik bekam.

 

Untitled8

 

Langkah 2

Letakkan cawan bekam dititik bekam tersebut. Guna alat peyedut bekam untuk menyedut udara agar cawan melekat kebadan.

Untitled2

Langkah 3

Biarkan 5 minit dan tarik keatas bahagian hujung cawan bagi melepaskan tekanan. Gunakan 2 jari untuk menekan badan ditepi cawan agar cawan dapat dibuka dengan lebih lembut dan tidak mencederakan pesakit.

jurubekam3

 

 

Langkah 4

Sapukan ‘alcohol swap’ dipoint bekam tadi bagi membersihkan kulit. Buat 15-30 tusukan ke bahagian titik bekam dengan menggunakan pen ‘lancet’.

 

Untitled5

 

Langkah 5

Letakkan cawan menutupi kawasan tusukan tadi dan guna pam tangan untuk menyedut udara dibawah cawan. Lakukan proses ini serentak keatas titik bekam yang lain (biasanya antara 7-11 titik bekam).

 

 

Langkah 6

Biarkan cawan melekat atas permukaan kulit selama 5 minit untuk mengumpul darah. Tanggalkan cawan dan bersihkan darah di titik bekam menggunakan gauze. 

Untitled3

Langkah 7

Ulang proses 1-6 antara 1 hingga 3 kali sehingga darah tidak lagi keluar dari titik bekam. Kemudian, semburkan ‘aloe first’ bagi meredakan kesan di titik bekam. Akhir sekali sapukan ‘Aloe Vera Gelly‘ untuk merawat luka tusukan jarum dengan lebih cepat.

 

Untitled7a

 

 

Langkah 8

Setelah proses bekam selesai, nasihat pelanggan supaya tidak melakukan aktiviti lasak termasuk hubungan seks dalam tempoh 6 jam setelah berbekam.

Digalakkan melakukan rawatan bekam selapas 1minggu sehingga 4 bulan, bergantung pada tahap kesihatan pesakit. Biasanya untuk orang yang sihat digalakkan berbekam sebulan sekali ataupun sekurang-kurangnya setiap 4 bulan untuk keluarkan toksid dan sel mati dibadan. Bagi pesakit kronik lakukan ikut keperluan mereka seminggu sekali ataupun setiap bulan.

 

 

PROSEDUR BEKAM

PROSEDUR LENGKAP BEKAM (SOP)

 

Pastikan bekam dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan juga dilaksana dalam bilik khas yang bersih dan bebas dari risiko jangkitan kuman.

 

PERSEDIAAN SEBELUM BEKAM

  1. Maklumkan pesakit agar mandi 1 jam sebelum berbekam
  2. Banyakkan istighfar, zikir dan salawat. 
  3. Sebaiknya buat pada tarikh yang digalakkan berbekam pada 17, 19, 21  bulan hijrah, kecuali kes yang perlukan rawatan segera, maka harus dilakukan tanpa lengah.

 

SEMASA DI PUSAT RAWATAN

Rekod semua maklumat berikut untuk rujukan rawatan seterusnya. 

  1. Isi borang pendaftaran
  2. Isi borang keizinan rawatan
  3. Tanya sejarah penyakit, ubat yang mereka ambil
  4. Ukur tinggi, berat, BMI
  5. Ukur tekanan darah pesakit
  6. Ukur paras gula (RBS)
  7. Buat pemeriksaan fizikal ringkas (pucat, kecacatan fizikal, dll)

 

 

IMG-20160421-WA0052Alat ujian tekanan darah

images

Alat ukur paras gula (RBS)

 

PERSEDIAAN JURUBEKAM

  1. Cuci tangan dengan sabun atau disinfektan
  2. Pakai sarung tangan (glove)
  3. Pakai penutup hidung (mask)
  4. Pakai apron atau white coat
  5. Maklumkan pesakit tentang prosedur yang akan dilakukan.

 

images (1)

Sentiasa pakai mask dan sarung tangan semasa rawatan

medical glove

 

SEMASA BEKAM

  1. Untuk muslim, baca fatihah, istighfar, salawat
  2. Cukur rambut dibahagian tertentu mengikut keperluan
  3. Kenalpasti titik (point) bekam.
  4. Guna kapas atau ‘gauze’ untuk membersihkan badan dari kotoran atau darah.
  5. DILARANG MENGGUNAKAN TISU untuk mengelap bahagian kulit yang telah dibekam.
  6. Guna alas yang sesuai semasa berbekam, Dilarang guna kertas surat khabar untuk alas badan.
  7. Lakukan bekam seperti PROSEDUR LENGKAP BEKAM.  untuk detail prosedur lengkap bekam [klik sini].

IMG-20160323-WA0041

Mesin bekam digunakan sebagai alternatif bagi pesakit yang tidak memilih bercukur rambut dititik bekam.

 

oimg_GC03951323_CA03951328

 

images (3)

 

pen lancet

Sisa klinikal [jarum, gauze, dan lain-lain] perlu dilupus mengikut SOP

 

SELEPAS BEKAM

  1. Masukkan bahan buangan (kapas, gauze, dan lain-lain) kedalam plastik kuning.
  2. Masukkan jarum yang telah diguna kedalam ‘sharpbin’ berwarna kuning untuk dilupuskan dengan “incinerator”
  3. Cuci alat bekam dengan air dan rendam dengan antiseptic seperti DD1, chlorhexidine atau sterilizer.
  4. Cuci tangan dengan sabun atau antiseptic.
  5. Beri pesakit minum air suam dan madu.
  6. Maklumkan pesakit supaya tidak melakukan ativiti lasak dalam tempoh 6 jam.
  7. Tetapkan tarikh temujaji untuk sesi bekam yang berikutnya.

 

clinco_10litre

sharpbin

downloadPlastik kuning ‘Clinical Waste’
ANIOSYME DD1 Antah

Antisepctic DD1

 

Untuk detail prosedur lengkap bekam….. [klik sini].

MANFAAT CENGKEH

MANFAAT CENGKEH

Cengkeh dengan nama saintifik “Syzygium aromaticum” merupakan tanaman yang mempunyai pelbagai manfaat. Cengkeh membantu melegakan rasa loya, muntah-muntah, sakit perut, kekejangan otot, sakit gigi dan beberapa penyakit lain serta menggalakkan kesihatan penghadaman. Jesteru itu, cengkeh antara bahan yang dicampur dalam pembuatan tembakau, sebagai rempah masakan, kek, biskut, minuman, ubat gigi, sabun, shampoo dan pelbagai lagi.  Ini kerana cengkeh mengandungi Eugenol, yang digunakan sebagai antiseptic tambahan pada bahan-bahan kecantikan dan ubat-ubatan.

cengkeh5

Antara manfaatnya ialah;

  1. Menyegarkan bau nafas

Bau nafas yang kurang enak boleh diatasi dengan cara mengunyah dan menghisap cengkeh. Kandungan Eugenol menjadikan nafas berbau segar disamping dapat merawat bibir pecah-pecah. Cengkeh juga digunakan dalam pembuatan ubat gigi dan ubat kumur, sabun, shampoo dan minyak wangi.

ubat gigi

  1. Mencegah infeksi Pernafasan

Cengkih mencairkan lendir yang terdapat pada kerongkong. Ini dapat membantu menyembuh infeksi pernafasan. Teh yang mengandungi cengkeh dapat membantu menyembuh dan mencegah infeksi saluran pernafasan. Hanya kunyah cengkeh boleh melegakan sakit tekak.

Selain itu, teh cengkih juga sesuai untuk pesakit asma. Pengambilan teh cengkeh dapat menenangkan sistem saraf dan juga meredakan sakit kepala.

cengkeh4

  1. Menyembuhkan sakit gigi

Ambil 5 hingga 10 butir (bahagian bunga) cengkih, sangai (goring tanpa minyak) dan kisar halus, taburkan serbuk cengkih pada gigi yang sakit. Ekstrak eugenol dari cengkih sering digunakan dalam prosedur pergigian seperti tampalan sementara,  terapi akar gigi dan lain-lain. Bagi meredakan sakit gigi yang amat sangat, celupkan kapas dalam minyak cengkih dan letakkan di sekitar gigi yang sakit.

Campurkan satu sudu teh minyak zaitun dengan setitik minyak cengkih. Gunakannya untuk mengurangkan sakit tumbuh gigi.

  1. Merawat loya, muntah dan kembung perut

Campuran serbuk bunga cengkih dengan madu adalah antara cara terbaik untuk meredakan loya, muntah-muntah, kembung perut dan sakit perut.

Masukkan 2-3 butir cengkih ke dalam secawan air mendidih. Biarkan 10 minit (supaya suam) dan campurkan dengan madu, minum untuk meredakan kembung perut dan gas.

Rendam satu sudu teh bunga cengkih kedalam 1 liter air mendidih. Selepas 15 minit minum (tiga kali sehari) untuk merawat mabuk, terutama apabila disebabkan oleh perubahan dalam ketinggian.

cengkeh2

  1. Membersihkan jerawat

Sapukan air rebusan cengkeh pada kawasan yang ditumbuhi jerawat atau parut jerawat. Kandungan Eugenol pada cengkeh berfungsi sebagai antiseptik dan pelembab kulit semulajadi dapat membantu mencegah jerawat dan memudarkan parut jerawat.

  1. Antiseptik semulajadi

Campurkan air rebusan cengkeh (20-30 butir) kedalam air mandian dengan nisbah 1:4.  Siram badan, gosok dan bilas hingga bersih. Cengkih mengandungi Eugenol sebagai antiseptik semulajadi yang bertindak sebagai bahan pembasmi kuman. Herba ini mempunyai flavonoid, kaempferol dan rhamnetin yang berfungsi sebagai anti -radang dan antibiotik. Ianya juga dapat mengurangkan tahap gula dalam darah.

cengkeh8

  1. Anti-fungal

Minyak cengkih berkesan dalam meredakan jangkitan fungal dan kurap. Jika diambil secara dalaman, ia membantu merawati cirit-birit. Selain itu herba ini membantu melawan jangkitan, ia dapat menyembuhkan kolera, batuk kering, cacing usus, malaria, dan juga meredakan demam. Teh bunga cengkeh ini juga membantu mengurangkan jangkitan fungal faraj.

  1. Meredakan sakit kepala

Campurkan kristal garam, serbuk bunga cengkih dan sedikit air jadi seperti pes. Sapukan pada dahi bagi melegakan sakit kepala.

cengkeh3

  1. Merawat kekejangan otot dan arthritis

Sapukan minyak cengkih di kawasan yang terlibat bagi meredakan kekejangan otot dan arthritis.

  1. Pewangi almari pakaian

Letakkan beberapa biji cengkih dalam almari pakaian. Aroma cengkeh dapat menyingkirkan bau kurang enak pada pakaian dan membuat pakaian tetap wangi dan segar. Gantikan setiap bulan agar aroma segar terus terpelihara.

  1. Hitamkan kening

Bakar 5-7 butir  biji bunga cengkih hingga garing kehitaman. Kisar hingga halus. Campurkan serbuk cengkih dengan minyak hazelnut. Sapu pada kening setiap petang.

Selamat mencuba, Semoga bermanfaat!

Sebarkan bahagia