KHASIAT KOPI

Ramai yang menyangka habit minum kopi adalah amalan yang tidak sihat. Mereka ditakutkan dengan mitos, minuman ini mengandungi kafein yang tinggi yang boleh menggangu kesihatan. Namun sebenarnya minuman ini adalah antara minuman yang mempunyai banyak kebaikan selain madu dan susu. Hasil dari kajian, kopi adalah minuman yang paling popular di dunia dimana lebih dari 400 juta cawan kopi diambil setiap tahun. Wow! ramai penggemar minuman klasik ini di dunia. Hasil kajian juga menunjukkan 52% daripada jumlah penduduk US minum kopi secara rutin setiap hari, dan yang lainnya  juga turut minum beberapa kali dalam seminggu.

Sebenarnya, amalan minum kopi tidak merbahaya jika diambil dalam kuantiti yang tepat. Yang penting dan perlu anda ingat ialah mengawal kandungan gula, kurangkan gula dalam minumam kopi atau gunakan pemanis yang selamat seperti stavia. Jom  lihat manfaat kopi seterusnya.

kopi

  1. Memberi Tenaga dan Meningkatkan Kecergasan dan Ingatan

Kandungan zat psaikoaktif (dikenali sebagai  kafein) yang terdapat dalam kopi dapat membantu  menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Kafien berfungsi sebagai perangsang saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Kafein diserap ke aliran darah dan sampai ke otak. Sebab itulah, minumlah dalam jumlah wajar menjadikan tubuh kita segar, tidak mudah mengantuk dan meningkatkan pelbagai fungsi otak, antaranya menguatkan memori. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi sehingga 135 mg, berbanding teh hanya 35 mg sahaja.

  1. Anti Oksidan

Kopi mengandungi unsur anti oksida bagi melindungi radikal bebas. Ia digunakan dalam rawatan kecantikan kerana mengandungi unsur anti oksidan dan juga multivitamin yang memberi manfaat kepada kulit dan tubuh badan. Kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard mendapati khasiatnya dapat melindungi seseorang daripada masalah penuaan!. Kafein juga turut dijadikan salah satu bahan pelengkap ubat sakit kepala.

khasiat-pokok-kopi-3

  1. Membakar lemak.

Kopi merupakan sumber alam yang membantu membakar lemak badan. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Maka, kebanyakan supplement pembakar lemak atau ‘ubat langsing’ mengandungi kafein. Kafein dapat meningkatkan metabolisma. Kefein meransang sistem saraf dan memberi signal kepada sel lemak untuk memecahkan lemak bagi membolehkan proses pembakaran lemak yang berkesan. Spa dan pusat kecantikan menggunakan bahan ini sebagai lulur badan bagi memecahkan lemak dan juga untuk tujuan rawatan menghaluskan kulit.

  1. Mengandungi Multi Vitamin

Kopi mengandungi khasiat Vitamin B2 (Riboflavin), B3 (Mangan dan Kalium, Magnesium dan Niacin), dan B5 (Asid Pantotenat). Kandungan kromium dan magnesium dapat membantu menngurangkan risiko diabetes jenis II.

pokok kopi

  1. Melindungi Alzheimer dan Parkinson

Alzheimer dan Parkinson adalah penyakit ‘neurodegenerative’. Kajian menunjukkan penggemar kopi mempunyai risiko lebih rendah terhadap penyakit ini. Kandungan kafein yang terdapat dalam minuman ini membantu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson.

  1. Mengurangkan Stress, Tekanan Darah Tinggi dan Risiko Jantung

Hasil kajian kerjasama dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok. Wanita yang mengamalkan minum ini mempunyai  risiko lebih rendah mengalami tekanan. Biasanya wanita lepas melahirkan anak dan dalam proses berpantang diberi minum kopi bagi mengurangkan tekanan atau risiko meroyan. Aromanya memberi peranan mengurangkan stress.

  1. Melindungi Hati dan Penyakit Kanser.

Terdapat penyakit yang boleh merosakkan hati seperti hepatisis, hati berlemak dan sirosis. Kopi dapat mengurangkan risiko primary sclerosing cholangitis (PSC), iaitu penyakit auto-imun yang menyebabkan gagal fungsi hati, sirosis hati, dan juga kanser. Amalan minum kopi dapat melindungi risiko sirosis, kanser hati dan juga kanser kolon.

kopi cawan

Nota : Awas!, kafien boleh menyebabkan kehilangan air di dalam tubuh kerana kafein menyebabkan tubuh memproses panas dan tenaga. Maka, minumlah banyak air bagi menggantikan kehilangan air yang diperlukan oleh tubuh badan anda.

Wanita mengandung tidak digalakkan meminumnya dalam kuantiti yang banyak. Mengikut penelitian dari beberapa kes di New Zealand dan Sweden, didapati wanita hamil yang mengambil bahan ini terlalu kerap melahirkan bayi sukar bernafas ketika dilahirkan dan juga berisiko mengalami keguguran.