TENTANG ZARRAZ

NAK TAHU TENTANG ZARRAZ ?

APA YANG KAMI DAPAT LAKUKAN UNTUK ANDA IALAH :

Perkhidmatan kami untuk anda yang ingin menggunakan Set Rawatan Zarraz Paramedical :

  1. Pihak kami akan mengenal pasti jenis / masalah kulit terlebih dahulu.
  2. Kemudian, kami akan memberi produk satu set lengkap yang sesuai untuk kulit muka anda.
  3. Hasilnya, anda akan berpuas hati dengan produk yang diguna kerana kesannya efektif terhadap kulit wajah anda kerana anda diberi konsultasi secara percuma/ nasihat cara pengunaan produk yang betul. (Hal ini dapat mengelakkan daripada pembaziran duit dan mcm2 lagi).
  4. Kami tidak menumpukan jualan semata-mata terhadap Set Rawatan Wajah sahaja, tetapi juga khidmat nasihat pemakaian produk dengan cara yang betul dan cara-cara penjagaan wajah supaya mendapat kulit wajah yang bersih, cantik, halus serta terhindar dari segala masalah seperti kulit berminyak, kulit kusam, kulit kering, jerawat, jeragat, BLACKHEAD & WHITEHEAD, rosak akibat penggunaan produk yang mengandungi hydroquinone dan sebagainya..Langkah pembersihan asas boleh dilakukan sendiri secara rutin seperti Membersih, Menyegar, Melembab Serta Melindung.

Untitled

Imej berikut adalah antara contoh Set Rawatan yang boleh kami bagi nasihat produk yang betul dan juga yang lain-lain lagi…

set jerawat

SMS / PM Nama<Lokasi<Zarraz ke~ 010-8673696

Alhamdulillah makin ramai yang mengenali Zarraz Paramedical, setiap hari agent dan stokis sentiasa bertambah, yang awal-awal jadi agent sekarang dah ramai upgrade jadi stokis selepas produk ini mendapat pemintaan tinggi dari customer, stokis dan agent yang datang ke HQ kami melahirkan rasa gembira sebab ramai customer yang order dan puas hati sebab produk zarraz berkesan, selamat dan bebas bahan kimia. Kami rasa terharu dengan perkongsian ini.

Untitled2

 

 

PROSEDUR BEKAM

PROSEDUR LENGKAP BEKAM (SOP)

 

Pastikan bekam dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan juga dilaksana dalam bilik khas yang bersih dan bebas dari risiko jangkitan kuman.

 

PERSEDIAAN SEBELUM BEKAM

  1. Maklumkan pesakit agar mandi 1 jam sebelum berbekam
  2. Banyakkan istighfar, zikir dan salawat. 
  3. Sebaiknya buat pada tarikh yang digalakkan berbekam pada 17, 19, 21  bulan hijrah, kecuali kes yang perlukan rawatan segera, maka harus dilakukan tanpa lengah.

 

SEMASA DI PUSAT RAWATAN

Rekod semua maklumat berikut untuk rujukan rawatan seterusnya. 

  1. Isi borang pendaftaran
  2. Isi borang keizinan rawatan
  3. Tanya sejarah penyakit, ubat yang mereka ambil
  4. Ukur tinggi, berat, BMI
  5. Ukur tekanan darah pesakit
  6. Ukur paras gula (RBS)
  7. Buat pemeriksaan fizikal ringkas (pucat, kecacatan fizikal, dll)

 

 

IMG-20160421-WA0052Alat ujian tekanan darah

images

Alat ukur paras gula (RBS)

 

PERSEDIAAN JURUBEKAM

  1. Cuci tangan dengan sabun atau disinfektan
  2. Pakai sarung tangan (glove)
  3. Pakai penutup hidung (mask)
  4. Pakai apron atau white coat
  5. Maklumkan pesakit tentang prosedur yang akan dilakukan.

 

images (1)

Sentiasa pakai mask dan sarung tangan semasa rawatan

medical glove

 

SEMASA BEKAM

  1. Untuk muslim, baca fatihah, istighfar, salawat
  2. Cukur rambut dibahagian tertentu mengikut keperluan
  3. Kenalpasti titik (point) bekam.
  4. Guna kapas atau ‘gauze’ untuk membersihkan badan dari kotoran atau darah.
  5. DILARANG MENGGUNAKAN TISU untuk mengelap bahagian kulit yang telah dibekam.
  6. Guna alas yang sesuai semasa berbekam, Dilarang guna kertas surat khabar untuk alas badan.
  7. Lakukan bekam seperti PROSEDUR LENGKAP BEKAM.  untuk detail prosedur lengkap bekam [klik sini].

IMG-20160323-WA0041

Mesin bekam digunakan sebagai alternatif bagi pesakit yang tidak memilih bercukur rambut dititik bekam.

 

oimg_GC03951323_CA03951328

 

images (3)

 

pen lancet

Sisa klinikal [jarum, gauze, dan lain-lain] perlu dilupus mengikut SOP

 

SELEPAS BEKAM

  1. Masukkan bahan buangan (kapas, gauze, dan lain-lain) kedalam plastik kuning.
  2. Masukkan jarum yang telah diguna kedalam ‘sharpbin’ berwarna kuning untuk dilupuskan dengan “incinerator”
  3. Cuci alat bekam dengan air dan rendam dengan antiseptic seperti DD1, chlorhexidine atau sterilizer.
  4. Cuci tangan dengan sabun atau antiseptic.
  5. Beri pesakit minum air suam dan madu.
  6. Maklumkan pesakit supaya tidak melakukan ativiti lasak dalam tempoh 6 jam.
  7. Tetapkan tarikh temujaji untuk sesi bekam yang berikutnya.

 

clinco_10litre

sharpbin

downloadPlastik kuning ‘Clinical Waste’
ANIOSYME DD1 Antah

Antisepctic DD1

 

Untuk detail prosedur lengkap bekam….. [klik sini].