TENTANG KAMI

Blog ini dimiliki oleh HANA MEDICARE (SA0364838-D).  

HANAMEDICARE5

Blog tyizarraz.com dibina atas dorongan sahabat dan juga keluarga demi merealisasikan hasrat untuk belajar dan menceburi bidang bisnes. Pihak Hana Medicare minat dan memilih bidang kesihatan dan kecantikan kerana bidang ini adalah adalah perkara asas yang perlu diberi perhatian dalam kehidupan harian.

Kebersihan dan kesihatan adalah saling berkait rapat. Kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Mengutamakan kebersihan akan menghasilkan kesihatan yang baik.

Blog ini adalah usahasama ahli keluarga dan rakan karib. Maka, tuan puan akan dapat variasi beberapa jenama produk yang memang diguna sepenuhnya oleh pemilik, keluarga dan sahabat handai. Inilah keistimewaannya. Kami bukan sekadar ‘dropship’ produk zarraz semata-mata, malah kami telah pun menikmati keberkesanan dan keistimewaan produk yang dipromosikan. Rasa puas dan lebih selesa memperkenalkan produk zarraz yang telah diguna dan percaya keberkesanan, aspek kebersihan dan keselamatannya.

Untuk penjagaan luaran kulit wajah, kami memilih menggunakan dan mempromosi produk Zarraz Paramedical kerana produk ini dijamin halal, suci dan selamat digunakan tanpa mengandungi bahan kimia. Pihak kami telah menggunakan kesemua produk Zarraz Paramedikal sejak tahun 2013. Atas sebab itulah kami ingin berkongsi pengalaman kerana telah mendapat manfaat dari penggunaan produk zarraz ini secara konsisten.  Kami ingin lebih ramai pengguna tahu kelebihan produk ini dan mencubanya. Untuk kesihatan dalaman pula, kami menggunakan produk-produk terpilih terutamanya makanan sunnah.

Kami percaya bahawa perniagaan adalah suatu perkongsian (sharing the knowledge and the opportunity), dimana kita kongsikan kebaikan sesuatu produk, dan penggunalah yang membuat keputusan, memilih produk berdasarkan perincian maklumat tentang kami, tentang kebaikan produk yang diberikan, serta setuju dengan tawaran harga yang menarik dan munasabah yang diberikan. Secara amnya perniagaan adalah membantu insan lain yang memerlukan perkhidmatan dan perundingan.

Zarraz Certificate

 

 

Perniagaan adalah ber’networking’. Selamat berukhwah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *