BICARA SANTAI 3

Assalamualaikum.

Lama tak bicara santai. Lama saya tinggalkan blog ini kerana fokus sekejap pada kerja lain yang perlu disegerakan. Kadang kala terpaksa korbankan sesuatu demi hal yang lebih penting. Rindu nak sembang-sembang santai disini!

Kitaran hidup ibarat roda, ada masa diatas, ada masa dibawah. Apabila berada diatas kita rasa relax santai, sebab impian semua tercapai. Namun apabila kita berada dibawah (rasa down, tak semngat, gagal, kecewa) kita perlu recharge energy kita untuk mendapat momentum naik semula keatas. Bagaimana caranya untuk bangkit semula?. Kenal pasti sebab-sebab halangan dan dapatkan keyakinan diri dengan menyertai aktiviti yang boleh pecahkan tembok halangan-halangan itu.

Antaranya dengan bersilaturrahim. Ini cara santai merehatkan minda. Banyak pengalaman rakan-rakan yang boleh kita jadikan panduan berguna. Kadangkala Allah aturkan sesuatu untuk kita melalui insan lain.

Begitu juga kisah ini di suatu petang, perbualan santai dengan seorang kenalan, terlepas sedikit keluhan kecil;

“Akak penat sangat, rasa Letih, rasa tak semangat, rasa jemu dengan dengan macam-macam hal.”

“Hal apa tu kak?”

“Akak rimas dengan kulit muka kusam, suami asyik tegur, kawan-kawan pun tegur. Akak dah cuba macam-macam produk, belum rezeki untuk jumpa yang sesuai agaknya, hingga sekarang macam ini juga rupa kulit akak. Anak bongsu pula ada masalah kulit ecxema, si kakak yang tingkatan 5 baru saja lepas kena demam cikenpox, muka penuh parut sana sini, dia malu nak berdepan dengan kawan-kawannya. Kami anak-beranak punya isu yang sama, masalah kulit. Hal ini betul-betul mengganggu emosi akak dan anak-anak, kadang kala timbul rasa nak marah, tak ada ada mood, rasa ‘down’, rasa bosan yang teramat sangat. Kadang kala rasa cemburu dengan orang lain yang tidak diduga dengan hal begini.didik minda positif

Rileks lah Cik Puan, tak ada masalah tanpa penyelesaiaan, isu kecil je ni!

Jom saya tunjukkan cara untuk atasinya, ikut saja macam saya seperti ini;

  1. Amalkan ‘3P’ (Pembersihan, Pelembapan, Perlindungan kulit) setiap hari.
  2. Setiap amalan mulakan dengan bismillah, baca salawat dan berdoa, serta;
  3. Cakap pada diri sendiri; “Terima kasih wahai (sebut nama sendiri), Aku sihat dan cantik, aku amat berharga, Aku menyayangi diriku (sebut nama sendiri)!”

Sentuhlah hati kita setiap hari dengan bercakap kepada diri sendiri, hargai diri sendiri dan reward diri sendiri  sebelum kita menghargai orang lain.

Oh Ya!  Cik puan boleh dapatkan produk 3P itu di laman sesawang www.tyizarraz.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *